MIDF : Surcaj bahan api MAS dan AirAsia dijangka naik 25 peratus
KUALA LUMPUR, 14 Jan – Harga bahan api yang semakin naik dijangka menyebabkan peningkatan kepada kos operasi Malaysia Airlines dan AirAsia sebanyak 16 peratus dan 46 peratus setiap satu pada 2011.
Ini mungkin akan memaksa kedua-dua syarikat penerbangan itu mengenakan surcaj bahan api sebanyak 25 peratus.
Berikutan nasib sektor penerbangan yang masih terikat dengan trend harga minyak mentah dan minyak pesawat, daya tahan industri bagi harga minyak pesawat adalah pada kira-kira US$117 hingga US$125 satu tong, kata MIDF Research.
Ia berkata pada harga US$125 satu tong minyak pesawat, harga itu patut sama dengan US$110 satu tong minyak mentah dan dengan jangkaan pada purata US$105 satu tong pada 2011, syarikat-syarikat penerbangan itu masih berada di kawasan selesa untuk tahun ini.
“Analisis kesensitifan kami bagi perolehan MAS dan Air Asia menunjukkanbahawa bagi setiap satu peratus peningkatan pada harga minyak mentah, perolehan MAS akan menyusut dua peratus dan AirAsia enam peratus, dengan anggapan semua faktor lain berkekalan,” tambahnya.
Bagaimanapun, MIDF dalam laporan penyelidikannya, menekankan saranan “neutral” pada sektor itu, kerana MAS dan AirAsia mungkin akan mengenakan surcaj bahan api sebanyak sekurang-kurangnya 25 peratus untuk menampung kos operasi yang meningkat.
Pada 2008, syarikat-syarikat penerbangan tersebut mengenakan surcaj bahanapi bagi laluan ASEAN antara US$40 hingga US$75 atau purata 25 peratus hingga 67peratus.
AirAsia mempunyai perlindungan nilai semulajadi dari segi menyesuaikan tempahan awal dengan keperluan bahan api.
“Kami percaya kedua-dua syarikat penerbangan akan terus mendapat keuntungan dari perlindungan nilai dan mekanisme awal untuk mengurangkan risiko minyak,”kata MIDF.
MAS dan AirAsia mendapat faedah daripada peningkatan mata wang ringgit pada suku ketiga 2010, seperti yang jelas dilihat pada keuntungan tukaran asing yang belum dijelaskan sebanyak masing-masing RM155.7 juta dan RM83.5 million, dan kerana kebanyakan hutang mereka adalah dalam mata wang AS.
from SelangorKini Online