Aku bukan pandai ekonomi. Tapi aku tahu benda simple. Kalau kita rugi, kita takde modal nak buat pelaburan itu ini. Kalau perniagaan kita rugi, memang perkara wajar kalau kita naikkan harga perkhidmatan kita untuk cover kerugian kita.
Cuba tengok kenyataan TNB di atas. Kita semua tahu tnb akan naikkan tarif elektrik sebab kos tnb naik. Tnb pernah cakap, tnb rugi berbillion2 ringgit setahun. kita faham. Tapi dah rugi ada pula duit lebih dah melabur situ sana sini?
Nak buat pembangunan besar2 kita tak marah. Kita lagi suka. Tapi kenapa sabah dan sarawak masih belum mampu menikmati elektrik yang sepenuhnya sedangkan dah lama mereka tunggu?
Adakah kerana projek iskandariah melibatkan ahli2 politik besar dan org2 kaya dari singapore? Jangan anak tirikan rakyat2 malaysia yg miskin2 dan bertaraf serdahana boleh tak syarikat2 besar aka glc kerajaan?
Haizhhh aku makin pelik dengan kerajaan kita. Mula2 dia soh kita berjimat cermat tp dalam masa yang sama dia naikkan harga barang. Bila kita merungut, kereta kita mahal dengan kualiti yang cikai, dia soh kita support product tempatan tp dia sendiri guna kereta luar negara yang bebas cukai import atas nama pemimpin. Bila kita bising tarif eletrik naik, dia cakap tnb rugi berbillion2 ringgit utk bagi subsidi kat kita, tp dalam masa yang sama tnb tanggung sistem ipp [kroni] dan melabur dengan hebat [bermodal besar] takde nampak pulak tnb macam kerugian.
Bagi aku, asalkan ada untung tue kira untunglah. Apa salahnya untung berkurang 10-20 juta setahun untuk membantu rakyat? Susah ke? Mereka dah pakai kereta mewah, dah duduk rumah mewah, apa salahnya kalau mereka kurang sedikit keuntungan dan meringankan beban rakyat marhaen?
Haizhh.. entahlah.. kutuk2 lebih2 kang dihalau keluar dari malaysia. Cakap2 lebih2 kang dikatakan tak mengenang budi baziran nasional.
Ameno : Hebat.. bulat2 kena tipu. petak2 kena naya.
from Ameno World