
Mengikut laporan yang disampaikan Kamarulzaman Teh, beliau, Adnan, Ganapathy dan lain-lain pernah ditempatkan dalam satu sel untuk menjalani hukuman gantung. Mereka adalah kumpulan pertama yang akan menjalani hukuman gantung kerana berjuang untuk kemerdekaan tanah air. Mereka yang dikenakan hukuman gantung itu amat tinggi semangat juangnya. Walau pun sudah tahu saat akan mati, tetapi semangat mereka menyala-nyala, mereka menyanyi dan lain-lain. Adnan dengan tegas menyatakan bahawa "saya adalah anggota PKM, berjuang untuk pembebasan rakyat, biarlah saya yang pertama menghadapi tali gantung penjajah".
- dipetik dari Memoir Abdullah C.D. Bahagian 2