Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, January 15, 2011

UMNO munafiq??? - Video di dalam





MCA konsisten membenci ISlam. Sila tonton Youtube di bawah sebagai bukti. Soalnya, UMNO selesa bekerjasama dengan UMNO sebab UMNO juga anti Islam.
HAHAHAHAHA


Popout




Bantah laungan azan diperlahan, 100 orang berhimpun
Friday, 14 January 2011 | Ruangan: Berita



KUALA LUMPUR, 14 Jan – Kira-kira 100 orang berhimpun di sebuah masjid di Kuala Lumpur untuk membantah tindakan seorang ahli MCA yang menulis surat kepada Perdana Menteri mendesak laungan azan diperlahankan kerana kononnya menggangu keharmonian setempat.


Penunjuk perasaan di Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi mendesak agar individu itu, seorang peguam bukan Islam ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.


Penduduk sekitar kawasan ini dan wakil pertubuhan bukan kerajaan termasuk Pekida dan Perkasa berkumpul di sini selepas solat Jumaat.


Mereka mendakwa peguam itu yang dikatakan menjadi ahli MCA sejak 1998 menulis surat kepada Perdana Menteri Najib Razak menuntut agar masjid tersebut menghentikan penggunaan pembesar suara bagi tujuan azan.


Penunjuk-penunjuk perasaan menamakan peguam terbabit, malah mempamerkan alamat rumah dan nombor telefonnya pada kain rentang.


Pengerusi Pekida Lembah Pantai, Zakaria Awang mendesak individu itu ditahan di bawah ISA, selain membuat permohonan maaf secara terbuka.


Kumpulan itu juga mengedarkan salinan surat yang didakwa dihantar ke Pejabat Perdana Menteri meminta nada laungan azan menggunakan pembesar suara diperlahankan.


Dalam suratnya bertarikh 20 Disember 2010, peguam tersebut berkata dia ahli MCA sejak 1998 dan tinggal di Pantai Hill Park, tidak jauh dari masjid itu sejak lima tahun lalu.
from Malaysia Waves 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular