Grab the widget  IWeb Gator

Friday, January 14, 2011

Haniza bidas sikap ADUN BN cadang pulau sidang DUN Selangor


Beliau juga berkata sidang DUN yang dicadangkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim bukanlah sidang tergempar tetapi sambungan daripada sidang DUN yang ditangguhkan pada 15 November lepas dan tidak memerlukan perkenan Sultan.


“Sidang dewan yang ada sekarang tak perlu (perkenan sultan). Dalam peruntukan Peraturan Tetap Dewan, kalau dewan yang ditangguhkan untuk disambungkan sidangnya, tidak memerlukan perkenan sultan. kalau sidang dewan yang baru memang perlu. ini ialah sidang lepas yang bersambung. Bukan sidang yang baru,” katanya.

Beliau menjelaskan, keperluan untuk mengadakan sidang DUN pada 24 Januari nanti adalah bagi memastikan pentadbiran negeri jelas dan tidak ada campur tangan pihak persekutuan terutama dalam hal-hal urusan negeri.

Beliau berkata, seandainya Adun Barisan Nasional di negeri ini tidak memberi kerjasama dalam persidangan itu nanti ianya mencerminkan diri sebenar mereka.

“Ini pentadbiran negeri, mandat dan kuasa kerajaan negeri ini dipilih oleh rakyat. Jadi kalau mereka nak menentang atau boikot sidang ini nampak mereka kebudak-budakkan dan tindakan itu tidak matang.

Sekarang kalau mereka bertindak demikian (menghalang sidang DUN)  terbukti itu niat sebenar, mereka yang tak hormat Sultan dan mereka yang menghina Sultan kerana bawa Sultan dalam kancah politik mereka,” katanya.

Barisan Nasional (BN) Selangor menolak usaha kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang mahu meminda perlembagaan negeri berikutan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dengan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri khas.

Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar sebelum ini berkata, Undang-undang Tubuh Negeri Selangor tidak perlu dipinda kerana ia telah diamalkan sekian lama dan tidak timbul sebarang masalah kepada kerajaan terdahulu terhadap pelantikan pegawai tertinggi kerajaan negeri yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan mengadakan sidang tergempar DUN untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar.

Khusrin, 54, menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember lepas manakala tempat Mohamad Khusrin sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor diambil alih oleh Pegawai Daerah Sabak Bernam Marzuki Hussin, 56, berkuat kuasa 1 Januari.

Bagaimanapun Khalid menolak pelantikan itu dan mendakwa Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah membelakangkan Kerajaan Negeri dalam proses pemilihan calon SUK berdasarkan kredibiliti, kemampuan dan pengalaman.

Mengenai keperluan majoriti dua pertiga bagi membolehkan sesuatu undang-undang itu dipinda dalam sidang DUN, Teng berkata walaupun kerajaan campuran pakatan pembangkang di Selangor tidak memiliki majoriti dua pertiga di dalam DUN, kemungkinan Menteri Besar boleh mempengaruhi anggota dewan daripada Barisan Nasional untuk menyokongnya.

DUN Selangor mempunyai 56 kerusi.  Barisan Nasional menguasai 21 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (14), DAP (13) dan PAS (lapan). Jumlah bagi majoriti dua pertiga ialah 38.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular