Grab the widget  IWeb Gator

Friday, January 14, 2011

Bodek Jangan Tak Bodek: "Pembangkang tidak perlu buang duit...tiada peluang langsung"



Bagi sesiapa yang baca Harian Metro hari ini mungkin berasa geli hati, munkin ada yang bangga apabila membaca kenyataan Presiden Institut Perhubungan Raya Malaysia (IPRM), Profesor Datuk Mohd Hamdan Adnan. Katanya:
"Walaupun ini negara demokrasi, kita kena lihat realiti. Johor memang kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan pada saya pembangkang tidak perlu buang duit untuk bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang nanti."
Katanya lagi:
"Rakyat bawahan tidak fikir mengenai usaha pemimpin parti memuji kekuatan mana-mana parti sebaliknya mereka akan pilih calon yang boleh memberikan kebajikan dan meneruskan kesinambungan dan kemajuan. Jadi, saya percaya pembangkang tiada peluang langsung untuk menang di DUN Tenang pada 30 Januari ini. Malah kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap pemimpin yang ada di peringkat nasional sekarang semakin meningkat, apatah lagi di peringkat negeri..."

Cukuplah! Tangan sudah letih menaip. Cuma kita perlu beritahu profesorrr ini bahawa Selangor dahulu pernah dilabelkan sebagai kubu kuat BN, Pulau Pinang pun begitu, Perak juga kubu kuat BN. Sekarang apa yang sudah berlaku kepada negeri-negeri itu? Jika tiada rampasan kuasa haram, Perak pun semakin gah di bawah pemerintahan PR. Siapa kata kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap pemimpin semakin meningkat? Kalau meningkat sudah lama Najib isytiharkan PRU13, tidak perlu memanggil ahli Parlimen untuk mencongak nasib!

Kalau mahu membodek, janganlah perlekeh orang teruk sangat. Belum cuba belum tahu, profffff! Kalau mahu membodek jangan sampai orang pertikaikan "title" profesorrrr itu. Jangan sampai Najib perasan anda membodek.


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

from DUNIACACAMARBA 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular