Grab the widget  IWeb Gator

Friday, January 14, 2011

Lelaki mati atas pokok kelapa!!


MOHD. RIDHUAN (tidak memakai baju) cuba menurunkan mayat lelaki warga Nepal dari atas pokok kelapa di Kampung Tok Musa, Machang Bubuk, Bukit Mertajam semalam.
Bak kata orang, sesungguhnya maut itu tidak mengenal masa dan tempat. Apabila masa sudah tiba, tidak dapat ditangguhkan lagi. Jadikan pengajaran!!
Saya petik:
[KS] BUKIT MERTAJAM – Seorang penduduk Kampung Tok Musa, Machang Bubuk di sini tidak menyangka kehadirannya di sebuah kebun durian yang dipajak daripada seorang penduduk kampung itu malam kelmarin menjadi penyebab kematian seorang lelaki Nepal.
Arshad Abu Seman (gambar), 30, berkata, ketika kejadian dia bersama seorang lagi rakannya pergi ke kebun tersebut pada pukul 10.30 malam untuk menjenguk buah durian.
Sebaik tiba di kebun, menurutnya, dia ternampak kelibat seseorang yang berlari dari kawasan kebunnya ke arah ladang kelapa sawit yang terletak di kawasan berhampiran.
“Ketika itu saya buat tidak tahu kerana tidak mengesyaki apa-apa dan tidak menyangka individu berkenaan cuba mencuri buah durian di kebun saya.
“Namun beberapa minit kemudian, rakan saya memberitahu dia ternampak seseorang sedang memanjat pokok kelapa yang terletak berhampiran kebun saya tanpa diketahui apa tujuannya,” kata Arshad ketika ditemui semalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular