Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, January 26, 2011

Kelahiran anak luar nikah di Terengganu semakin parah


WarkahDaily – Amat menyedihkan, negeri yang duhulu, penduduknya terkenal dengan kesopanan dan kelembutan penduduknya yang berada di sebelah pantai timur semenanjung, namun kini telah berubah wajah.
Perubahan menggerunkan ini kelihatan semakin parah. Masalah sosial yang melanda amat membimbangkan. Jumlah kelahiran anak tanpa bapa semakin bertambah.

(Gambar kanan: Salah satu signboard yang dipasang sekitar Bandaraya KT)

Sebelum ini, kita hanya mendengar, kes-kes seperti ini hanya banyak berlaku di negeri sebelah pantai barat semenanjung tapi sekarang, Terengganu telah menerokai perubahan mengejut itu.

Pihak berwajib sepatutnya mengambil perhatian dengan segera sebelum ianya lebih parah. Pemimpin-pemimpin masyarakat di sana perlu menyeimbangi pembangunan yang diagung-agungkan dengan pembentukan akhlak rakyatnya.

Inilah akibat terlalu mengejar pembangunan siang-malam tanpa menghiraukan masalahh sosial yang dihadapi.
HMetro - KUALA TERENGGANU: Menggerunkan apabila seramai 623 anak tidak sah taraf dilahirkan di negeri ini tahun lalu sekali gus menunjukkan gejala kelahiran anak luar nikah berada pada tahap kronik.

Lebih mengejutkan, daripada jumlah itu, kadar tertinggi dicatatkan pada Mei dengan 72 kelahiran dan September 60 kelahiran yang dikaitkan dengan kemunculan ‘produk’ yang dibuat sembilan bulan sebelum itu iaitu pada Ogos dan Disember.

Hasil kelahiran dicatatkan dua bulan itu juga dikaitkan sebagai ‘musim mengawan’ pasangan muda-mudi yang berpesta seks tanpa ikatan sah pada malam sambutan hari kemerdekaan dan tahun baru.

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu, Ghazali @ Suhaimi Muhammad berkata, jumlah kelahiran anak tidak sah taraf itu dicatatkan di sembilan pejabat JPN membabitkan bayi pelbagai agama daripada pasangan warganegara dan bukan warganegara.

“Angka ini begitu menggerunkan dan menunjukkan penyakit masyarakat yang membimbangkan semua pihak. Lebih menyedihkan, majoriti bayi dilahirkan daripada ibu beragama Islam.

“Jadi kita minta kerjasama agensi lain seperti Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi lain bersama membanteras pergaulan bebas muda-mudi bagi mengelak mereka terjerumus ke lembah maksiat dan menghasilkan anak luar nikah,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Taraf Kewarganegaraan Malaysia di pejabat JPN Terengganu, di sini, semalam.

Pada majlis itu, lima orang menerima sijil warganegara mengikut Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan dan lapan lagi mengikut Perkara 19(1)(a) Perlembagaan Persekutuan dengan lapan berasal dari Kemboja serta masing-masing satu dari Indonesia dan India.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular