Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, January 26, 2011

Kerakyatan Lim diberi kerana pilihanraya kecil Dun Tenang?


WarkahDaily – Semenjak tahun 1971 lagi, Lim Lai Seng tiada taraf kerakyatan. Namun beliau bernasib baik kerana di kawasan beliau diami itu telah berlakunya satu pilihanraya kecil sehingga permohonan beliau terus diberi perhatian oleh kerajaan.
Jelas menunjukkan, inilah tempoh yang sesuai bagi rakyat Dun Tenang untuk memohon sesuatu permohonan daripada kerajaan dan ada kemungkinan besar ianya akan ditunaikan dengan segera oleh kerajaan ‘prihatin’ rakyat.

Tapi ingat, ‘prihatin’ ini ada tempohnya. Bila tamatnya pilihanraya kecil Dun Tenang, permohonan akan ditutup.
Bernama – LABIS: Penantian Lim Lai Seng untuk mendapatkan kewarganegaraan berakhir hari ini apabila dia menerima surat kelulusan bagi permohonan tersebut daripada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong.

Lee yang kehilangan sijil kelahiran semasa banjir melanda pekan tersebut pada 1971, terpaksa menempuh pelbagai kesulitan untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia.

Lim dilahirkan di Labis dan dibesarkan dalam masyarakat luar bandar di sini. Isteri dan semua anaknya adalah warganegara Malaysia kerana masing-masing mempunyai sijil kelahiran.

"Saya gembira kerana akhirnya hajat saya untuk mempunyai MyKad tercapai. Fikiran saya lapang apabila mendapat tahu kini status saya sebagai rakyat negara ini tidak boleh diragui lagi," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular