Grab the widget  IWeb Gator

Friday, January 14, 2011

AWAS!!!! - Agenda jahat Selangor Ter Kini??

Ada pihak tidak bertanggungjawap telah menggunakan nama "Selangor Ter Kini"... demi kepentingan politik sempit mereka, di minta sesiapa terjumpa selangor TER kini diminta merampas dan dihantar ke Pej ADUN atau Parlimen PR terdekat untuk diambil tindakan.... TK


Hanya Selangorkini sahaja yg dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor... mana kala Selangor Ter Kini bkn keluaran kerajaan Selangor.... dan dimaklumkan telah dicetak hampir 500Knaskah telah diedarkan seluruh negeri selangor...


Sumber From the album: 
Wall Photos by Suara Kotaraja

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
KUALA LUMPUR, 14 Jan: Selangorkini, akhbar rasmi kerajaan negeri Selangor kini terbukti berkesan apabila ada pihak dikatakan sedang berusaha untuk menerbitkan akhbar yang seumpama itu.

Menurut sumber, akhbar tiruan itu dinamakan Selangor Terkini dan edisi pertamanya bakal terbit mulai Januari ini.

Selangor Kini yang diterbitkan oleh pejabat MB Selangor yang mula diterbitkan pada hujung 2008 kini dicetak 120,000 naskah dua kali sebulan.

Ia diedarkan secara percuma melalui pejabat Adun Pakatan Rakyat di seluruh negeri itu disamping diletakkan juga di tempat-tempat lain yang dikunjungi oleh orang ramai di negeri itu.

Melihat kepada kandungan edisi pertamanya, penerbit akhbar ini dipercayai mempunyai kaitan dengan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar kerana gambar beliau ada pada muka depan dan belakang akhbar ini.

Pihak kerajaan negeri Selangor dikatakan tidak membantah penerbitan begini kerana ia menunjukkan media mereka berkesan tetapi penggunaan logo rasmi kerajaan negeri adalah tidak betul.

HarakahDaily
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular