| Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 13 Jan: DAP dan PKR melahirkan rasa puas hati mereka dengan penjelasan yang diberikan oleh Presiden PAS ekoran pertemuan dua pemimpin tertinggi PAS dengan Yang di-Pertuan Agong dan pemimpin tertinggi Umno. "Saya penuh yakin, PAS terus komited bersama Pakatan Rakyat walaupun telah bertemu dengan para pemimpin Umno itu," kata Lim Kit Siang dalam sidang media yang diadakan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini. Mesyuarat itu diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut dekat sini. Sebelum mesyuarat itu, Lim Kit Siang bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengadakan pertemuan tertutup dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. Sebelum ini, Abdul Hadi juga telah memberikan penjelasan mengenai pertemuan itu kepada pimpinan PKR termasuk Datuk Seri Anwar. Abdul Hadi juga telah memberikan penjelasan kepada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini mengenai pertemuan itu. Bagi Anwar, Umno terlalu terdesak sehingga membuat perancangan untuk bertemu pemimpin PAS sedemikian rupa. Sebelum ini, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dalam kenyataannya berkata, pertemuan yang diadakan di Istana Terenganu di Kuala Lumpur itu diadakan atas jemputan Yang Dipertuan Agung. Ia dibuat menggunakan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi sebagai 'posmen' semasa kunjungannya ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan. Ekoran pertemuan itu timbul pelbagai spekulasi di dalam blog sehinggalah dijelaskan oleh Nik Aziz sebelum ini dan penjelasan Abdul Hadi dalam mesyuarat Pakatan hari ini. Sumber |
Friday, January 14, 2011
Pakatan yakin komitmen PAS
TOP Ten Minggu INI
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bul...
-
SOALAN Ustaz, baru-baru ini ada seorang pemberi motivasi yang tersohor di tanahair memberitahu boleh seorang GRO yang telah mengandungkan an...
-
Assalamualaikum dan salam blogger,berkenaan dengan tajuk ini saya suka memaparkan pada pembaca dua pandangan yang berbeza,bukan untuk mela...
-
from Kelab Greenboc R ahsia terbongkar KUALA KUBU BHARU: Rahsia selama dua tahun menjadi mangsa seks ‘Pak Cik Jan’ akhirnya terbongkar...
-
CARA UMNO MENOLONG MELAYU??
-
Seperti yang didedahkan sebelum ini, pengurusan NFC telah menubuhkan beberapa syarikat di Singapura bagi menjalankan perniagaan peribadi mil...
-
by Pencacai Semalaysia Kemelut SUK: Selangor menuju krisis perlembagaan, kata pakar Pelantikan kontroversi Datuk Mohd Khusrin Munawi se...
-
Mungkin tak ramai pembaca MiLo SuaM yang kenal dengan anak bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir yang seorang ini. Namanya Maizura...
-
from DUNIACACAMARBA by Tayadih Maysia Saya petik:
Paling Popular
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
-
Leaflets with photoshop photo of CM Lim Guan Eng, Datuk Seri Anwar Ibrahim and Datuk Halim Hussain are distributed at various places in Bali...
-
Utusan cuba sensasikan ‘kesalahan’ muslimat PAS KUALA LUMPUR, 11 Jan: “Apalah ‘kesilapan’ yang sedikit ini dibandingkan dengan dosa rasuah, ...
-
KUCHING: KEADILAN membantah sekerasnya-kerasnya tindakan Barisan Nasional yang menggunakan pengundi yang memegang kad pengenalan hijau bag...
-
Seperti yang didedahkan sebelum ini, pengurusan NFC telah menubuhkan beberapa syarikat di Singapura bagi menjalankan perniagaan peribadi mil...
-
by Pencacai Semalaysia Kemelut SUK: Selangor menuju krisis perlembagaan, kata pakar Pelantikan kontroversi Datuk Mohd Khusrin Munawi se...
-
by baginda® inilah akan berlaku jika tak buat sistem tender terbukak... suka hati nak mintak perkenan di jambatan perdana menteri ikut te...
-
Ucapan perbahasan menjunjung titah Yang Dipertuan Agong oleh Ketua Pembangkang yang disampaikan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution h...
-
Ketika kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengagihkan “angpau bersampul putih” kepada masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru, parti Isl...
