TENANG, 26 Jan - "Kebanyakan masyarakat mengadu, apa yang dijanji oleh kerajaan Barisan nasional hanyalah janji-janji manis dan tidak ditunaikan. Lebih kesal adalah ahli majlis yang dilantik langsung tidak pernah turun melawat kawasan".
Menurut Naib Ketua DHPP, S.Surianarayanan aduan itu diperolehi pihaknya selepas meninjau kawasan-kawasan yang didiami masyarakat India di sini.
Selain itu, permasalahan besar yang hadapi pengundi di sini ialah memiliki kad pengenalan diri sebagai rakyat Malaysia.
"Mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai karenah birokrasi dan juga dikehendaki menyediakan pelbagai dokumen yang merumitkan," jelasnya.
Walaupun ini punca masalah ini adalah kesilapan mereka sendiri masa lepas tidak mendaftar semasa kelahiran anak.
"Tetapi, apa yang diwar-warkan di media arus perdana tentang kemudahan mendapatkan kad pengenalan hanyalah retorik semata," selarnya.
Masyarakat India yang dilawati itu berharap suara mereka dapat didengari sekiranya Pakatan Rakyat memerintah nanti.
Tambah Surianarayanan, DHPP juga menjangkakan pertambahan undi dari masyarakat Dun Tenang dalam PRK ini.
DHPP yang turun memberi sokongan kepada calon PAS, Cikgu Mala itu mula berkempen sejak hari pencalonan lagi.