Ketika lantikan SUK masih dalam kemelut, Sultan bercuti... jadi dimanakah tempat untuk mengadu bagi MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim??
Sultan cuti, kemelut lantikan SUK mungkin berlarutan
KUALA LUMPUR, 29 Dis — Kemelut berhubung pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dilihat akan berpanjangan dengan hasrat Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menghadap Sultan Selangor hari ini terpaksa ditangguh kerana baginda sedang bercuti.
Laporan media memetik Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Sultan Sharafuddin Idris Shah bercuti sejak minggu lalu.
“Untuk makluman, Tuanku sekarang sedang bercuti dan kembali ke istana pada 3 Januari ini.
“Jadi soal Menteri Besar hendak menghadap hari ini tiada sebab pelantikan itu OK dan tiada masalah,” kata laporan Sinar Harian.
Kenyataan Pejabat Menteri Besar kelmarin menyebut Khalid bercadang menghadap Sultan Selangor hari ini.
“Jadi jika ada sebarang pertemuan dengan baginda, ia hanya akan berlangsung selepas itu,” kata beliau dipetik Umno Online.
Munir juga dipetik berkata, dalam perlembagaan negeri Selangor tidak ada peruntukan yang menyatakan mesti dapat cadangan dari Menteri Besar.
“Pelantikan memang dari JPA dengan suruhanjaya berkenaan, ini kena dapat perkenan Tuanku sebab kuasa eksekutif negeri ada hak Tuanku,” kata beliau.
Menurut Munir, beliau telah menyembahkan kepada Sultan Sharafuddin mengenai permintaan Khalid untuk menghadap baginda.
“Tetapi surat Menteri Besar (untuk menghadap) itu dihantar lambat,” katanya.
“Jadi mungkin Khalid boleh menghadap selepas itu,” kata beliau.
Tambah Munir, surat mempersembahkan nama tiga calon SUK juga hanya diterima selepas Sultan Selangor memberi perkenan atas pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi.
Kelmarin, Sekretariat Akhbar Menteri Besar mengeluarkan kenyataan bahawa Khalid akan menghadap Sultan Selangor berhubung pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru, hari ini.
Menurut kenyataan itu, Khalid akan menyembahkan kepada baginda yang pelantikan Khusrin yang juga Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor tidak dimaklumkan kepada beliau.
Kenyataan itu turut memberitahu, oleh kerana perkara itu di luar pengetahuan Khalid, maka pelantikan Khusrin bagi menggantikan Datuk Ramli Mahmud dianggap belum muktamad.
Pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara menerusi satu kenyataan kelmarin.
Susulan pengumuman itu Pejabat Menteri Besar berkata pelantikan Khusrin belum muktamad tetapi Murni menegaskan ia sudah muktamad.
The Malaysian Insider
Wednesday, December 29, 2010
TOP Ten Minggu INI
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
Mengapa BR1M diumum RM 1200 dalam akujanji BN yang lepas? Kos untuk melaksanakan ini adalah melibatkan peruntukan hampir RM 11 Billion.
-
Tolak Sistem Biometrik Serlahkan Pemikiran Terlalu Ortodoks Pas Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pas berfikiran kuno kerana menolak cadang...
-
Mitshubishi tiru proton wakaka!! Tragedi yang menyayat hati telah berlaku petang tadi depan mata masa gua singgah showroom Edaran Otomobil...
-
Sensasi terkini yang cuba dipolimikkan oleh UMNO adalah terhadap kebarangkalian yang bakal menjadi KM Melaka pada masa hadapan sekiranya Pak...
-
Saudara Pengarang, SIKAP ganas dan tidak bertamaddun yang dipamerkan oleh Jabatan Hutan dan beberapa agensi kerajaan yang lain dalam menan...
-
Bersih2 adalah agenda rakyat, menuntut system demokrasi yang betul. Dalam suasana aman rakyat mengautur agenda untuk himpunan tersebut ,tiba...
-
Kajian telah membuktikan bahawa dengan cara mudah iaitu memasukkan upper-casing di dalam password anda akan mengurangkan peluang pengodam &...
-
Bhai/DeeDee sekalian... Bukanlah tujuan gua nak defend Maznah Yusuf... Tapi gua rasa aaaa JAKIM kena la bagi hujah @ alasan yang lagi kuk...
-
Ronnie Liu SHAH ALAM 17 Jan – Exco Selangor, Ronnie Liu menyatakan tidak wujud percanggahan pendapat antaranya dan Datuk Dr Hasan Ali be...
Paling Popular
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
Mungkin ada yang dah kenal, atau mungkin baru nak mengenali bakal pemimpin akan datang kita ni. Apa yang dipaparkan nanti betul-betul tidak...
-
Anak main fb, bapak dalang hina hudud terkantoi Konspirasi didedahkan oleh hanief = malaysianews Guna user name matamata . Disyaki seba...
-
DAYAH paling kanan yang hampir nak tersembul tu..
-
Edisi Berita Tak Pelik Setelah persetujuan rundingan meja bulat oleh Menteri-menteri BN yang kaya melebihi tokey 18 petrol pam dibuat dip...
-
Menteri Kata Tidak Salah Tonton Porno Jika Bukan Cari KEUNTUNGAN. Wow!
-
-
Rakaman pengisytiharan Siapa Penderhaka Di Gua Musang di dalam Majlis Ramah Mesra Ke Bawah Duli yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Bersama ...
-
Mitshubishi tiru proton wakaka!! Tragedi yang menyayat hati telah berlaku petang tadi depan mata masa gua singgah showroom Edaran Otomobil...
-
ADAKAH IA SEBAHAGIAN DARI KONSPIRASI DAJAL / PARA KONSPIRATOR DUNIA ??