Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, December 26, 2010

Sape yg Hipokrit Nie???


Bersunguh-sunguh benar para pemimpin UMNO mempertahankan 1Malaysia Najib tu.. Pengerusi Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin berkata sebagai parti yang sentiasa melaung-laungkan kebebasan bersuara, pembangkang tidak perlu meneruskan keputusan untuk mengharamkan penggunaan logo berkenaan.

Tapi Khairy juga perlu sedar kerana kebebasan bersuaralah juga Kerajaan PR Selangor berhak untuk menyuarakan apa keputusan exco mereka..


Dan Khairy juga sepatutnya menghormati suara atau keputusan exco kerajaan PR Selangor yang mahu mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia Najib tu..


1 Malaysia: Khairy minta Pakatan tidak hipokrit
LABIS, 26 Dis — Tindakan kerajaan negeri Selangor yang mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia dalam iklan dan papan tanda di negeri itu membuktikan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu takut dan sekali gus mengiktiraf gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin berkata sebagai parti yang sentiasa melaung-laungkan kebebasan bersuara, pembangkang tidak perlu meneruskan keputusan untuk mengharamkan penggunaan logo berkenaan.

“Kenapa perlu diharamkan, saya cabar pembangkang untuk menyatakan pendirian yang sebenar dan konsisten mengenai isu kebebasan bersuara ini. Saya harap pembangkang tidak hipokrit,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan beg dan peralatan sekolah Jelajah One Malaysia di Felda Chemplak, di sini, hari ini.

Rabu lepas, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu mengumumkan pengharaman itu kerana mendakwa konsep 1 Malaysia bermotifkan politik dan sekaligus bertentangan dengan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan yang melarang mempamerkan iklan yang berbaur politik.

Sementara itu, mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Khairy (gambar) mengingatkan seluruh jentera Pemuda BN supaya tidak terlalu awal menjalankan pelbagai program memandangkan waktu yang masih panjang sebelum tarikh penamaan calon yang ditetapkan pada 22 Januari dan pengundian pada 30 Januari.

“Mengikut jentera yang ada hari ini, saya nampak kita sudah berada dalam satu persediaan yang baik tetapi saya harap kita dapat susun program supaya tidak terlalu laju pada peringkat awal kerana sampai hujung nanti kita hilang tenaga dan tidak cukup stamina,” jelasnya.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata Pemuda BN akan menumpukan usaha memikat 2,500 pengundi muda semua kaum di kawasan DUN Tenang supaya golongan pemuda di kawasan tersebut sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada BN.

Beliau berkata walaupun DUN Tenang dianggap sebagai kubu kuat BN namun pihaknya akan memberi tumpuan yang lebih bagi meningkatkan majoriti undi terutamanya di tiga peti undi yang kalah pada pilihan raya umum lepas.

“Orang muda nampaknya memberi sokongan kepada BN cuma kita tidak mahu mengambil mudah dengan keadaan ini. Strategi Pemuda BN adalah dengan mengadakan program-program kemasyarakatan dan ceramah untuk memperjelaskan pelbagai isu yang dibawa pembangkang bagi mengelirukan rakyat termasuk isu felda, isu 1 Malaysia dan lain-lain. Kita tidak mahu pembangkang ada ruang untuk mengelirukan rakyat,” katanya.

Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular