Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, December 28, 2010

Pengerusi FELDA: Perlantikan Isa Samad bukti Najib gagal hayati prinsip integriti..

sudahlah Felda sekarang di belenggu pelbagai masalah demi masalah di bawah pimpinan terdahulu sehingga kerapkali disaman dan mengalami kerugian, kini diberi pula tanggungjawab ini kpd bekas perasuah yg pernah 'gagal' utk menjadi pemimpin...

Pengerusi FELDA: Perlantikan Isa Samad bukti Najib gagal hayati prinsip integriti..


Oleh: Pria Malaya


Apakah anda ingat kenyataan ini?

"Gejala rasuah dan politik wang dalam Umno tetap sukar dibendung meskipun Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO..Apakah dengan peralihan kuasa itu dapat memulihkan parti?

Saya tidak yakin kerana saya belum lagi Nampak Najib mampu menyelesaikan masalah rasuah dan politik wang. Kita tidak akan dapat semula Umno yang bersih untuk mewakili kita selagi ia tidak dibendung.” – Tun Dr Mahathir Mohamad
Versi Video Youtube..




Ya, sebagaimana yg pernah diungkapkan Mahathir dua tahun yg lalu, kepimpinan Najib TIDAK DIYAKINI mampu menyelesaikan masalah rasuah...dan hari ini ianya terbukti, seorang pemimpin yang jelas terbukti pernah disabitkan dengan kesalahan rasuah, diangkat menjadi pemegang amanah masyarakat..bukti Najib tiada kesungguhan utk membawa perubahan total..

Sbg makluman, Isa Samad telah disabitkan bersalah atas 5 pertuduhan daripada 9 pertuduhan asal rasuah (politik wang)..antara pertuduhan yang dikemukakan adalah berhubung amalan rasuah dan memberi wang untuk membeli undi..kalian boleh rujuk sendiri dlm sumber2 di internet..

Untuk yg terakhirnya..sudahlah Felda sekarang di belenggu pelbagai masalah demi masalah di bawah pimpinan terdahulu sehingga kerapkali disaman dan mengalami kerugian, kini diberi pula tanggungjawab ini kpd bekas perasuah yg pernah 'gagal' utk menjadi pemimpin...fikir2kan...wallahua'lam..

ANAK: Isa, Tokoh Kitar Semula Tak Layak Terajui FELDA

KUALA LUMPUR, 27 Dis: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) membantah keras pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Felda yang baru dan mendesak Perdana Menteri menarik semula pelantikan tersebut.

Pengerusinya, Mazlan Aliman yang kecewa dengan pelantikan itu berkata, Isa tidak layak untuk memegang jawatan tersebut kerana latar belakangnya yang pernah terbabit dengan politik wang dalam pemilihan Umno pada 2004.

"Saya mewakili Anak membantah keras pelantikan Tan Sri Isa Samad ini. Berdasarkan salah laku yang pernah dilakukan beliau, sudah cukup jelas beliau bukan pemimpin beramanah yang sepatutnya menjadi pilihan (Datuk Seri) Najib (Razak).


"Sehubungan itu saya mendesak Perdana Menteri menarik balik pelantikan itu," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mazlan yang juga exco lajnah pembangunan tanah dan wilayah PAs Pusat juga menegaskan, sekiranya Najib enggan berbuat demikian pihaknya akan membuat pungutan suara warga Felda yang membantah pelantikan itu.

"Jika kerajaan tidak berbuat demikian saya ingin menyatakan ketegasan kita bahawa Anak akan membuat satu pungutan suara iaitu referendum sejuta tandatangan dan kita akan serah kepada Perdana Menteri supaya menarik balik pelantikan ini.

Tambahnya, Anak juga tidak teragak-agak untuk memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong dalam perkara itu sekiranya bantahan mereka tidak dipedulikan.

"Kalau Perdana Menteri enggan tarik (pelantikan) juga, kita tidak teragak-agak untuk serah memorandum bantahan dan tandatangan ini kepada Yang di-Pertuan Agong.

In keraja ujarnya, masa depan Felda yang merupakan agensi pembangunan tanah milik orang Melayu tidak harus diperjudikan kepada invidu yang terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Sementara itu Mazlan menyifatkan pelantikan itu sebagai tanda Najib tidak mengambil kira perasaan warga Felda yang mengharapkan pemimpin yang lebih baik mengambil alih tanah rancangan itu.

"Saya sangat sedih bila kerajaan bawah pimpinan Najib tak pernah mengambil kira perasaan dua juta warga Felda yang mengharapkan pengganti kepada Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor mestilah orang yang lebih baik.

"Kita harapkan sekurang-kurangnya orang yang mengambil alih felda ini seperti Tan Sri Raja Alias yg menerajui Felda suatu ketika dahulu tetapi nampaknya kita telah turun 360 darjah.

"Dalam keadaan nama baik Felda sedang diperkatakan dengan pelbagai isu sepatutnya kerajaan memilih tokoh yang boleh membersihkan isu-isu tersebut," katanya.

Beliau mempersoal kerajaan yang tidak memilih tokoh-tokoh dari anak Felda sendiri untuk menerajui agensi tersebut sedangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad maslan sendiri pernah menyatakan statistik tokoh-tokoh dari anak Felda.

"Kita baru didedahkan dengan statistik terbaru jumlah profesional, ahli akedemik yang lahir daripada anak peneroka. Kenapa kita tidak ambil mereka? Kita ada anak peneroka yang berjaya dalam syarikat GLC, menjadi ahli akedemik, pengarah jabatan, adakah mereka ini tidak layak untuk memimpin Felda sehingga mengambil tokoh yang dianggap sudah expired?

"Tokoh kitar semula seperti Isa ini tidak wajar sama sekali diambil semula dalam mana-mana syarikat kerajaan. Saya yakin kalau kita buat tinjauan tidak ada warga Felda yang akan menerima beliau melainkan mereka yang selama ini menjadi pak angguk dan pak turut kepada kerajaan," tegasnya.

Isa yang juga Adun Bagan Pinang hari ini menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda.

Isa meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah dan digantung keahlian Umno selama 6 tahun kerana terlibat dengan politik wang dalam pemilihan Umno 2004. - HD
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular