Sunday, December 26, 2010
Mazlan: Beri Bonus Perkara Biasa, Jangan Diskriminasi Peneroka
SHAH ALAM 26 Dis. :Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman menyifatkan pemberian Bonus Insentif Produktiviti kepada peneroka tanah rancangannya di seluruh negara bukan suatu perkara yang luar biasa.
Malahan ia adalah penghargaan tahunan kepada para peneroka.
FELDA akan membayar bonus berkenaan kepada peneroka tanah rancangannya di seluruh negara berjumlah RM100,9 juta bagi menghargai sumbangan peneroka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara.
"Sebenarnya tidak ada sesuatu yang luar biasa dengan pengumuman ini kerana insentif ini memang diberikan setiap tahun berdasarkan hasil yang dihantar oleh peneroka ke kilang FELDA," katanya.
Terbaru, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kadar bayaran bonus yang dibayar pada tahun ini ialah minimum RM400 dan maksimum RM1,200 bergantung kepada penghantaran hasil.
Menurut Mazlan apa yang menghairankan pemberian insentif yang diberikan sepatutnya berdasarkan harga semasa komuditi pasaran.
"Sepatutnya jumlah itu lebih besar kerana pada tahun ini harga komoditi melonjak naik diparas yang tinggi," katanya.
Selain itu, Mazlan turut menyifatkan pemberian insentif hanya kepada peneroka yang menghantar hasil kepada FELDA adalah satu diskriminasi kerana peneroka yang menguruskan sendiri kebun mereka, tidak dibayar bonus insentif ini.
"Terdapat diskriminasi dalam penetapan antara peneroka yang menghantar hasil mereka kepada FELDA dengan peneroka yang menguruskan secara persendirian.
"Sepatutnya tidak berlaku diskriminasi ini kerana peneroka yang menguruskan sendiri, walaupun mereka tidak berurusan dengan FELDA tetapi hasilnya mereka tetap jual kepada FELDA," ujarnya.
Beliau ketika dihubungi Tv Selangor berkata peneroka yang menguruskan hasil mereka secara sendiri sepatutnya menerima layanan yang sama dari FELDA.
Tambahnya lagi, pengumuman pemberian bonus RM100.9 juta kepada peneroka itu hanyalah satu gimik meraih undi di kala Pelihanraya Kecil DUN Tenang.
"Gimik untuk meraih undi, saya percaya mereka akan buat majlis besar-besaran tertamanya di DUN Tenang untuk mengambarkan Kerajaan menghargai peneroka dengan memberi peruntukkan RM100 juta sedangkan insentif itu datang dari wang peneroka dan intensif yang diberikan pun kecil jika dibandingkan
dengan harga komuditi semasa dan ini tidak bebaloi kepada peneroka untuk tanah seluas 10 ekar.
"Kalau mereka mahu jadikan ini sebagai kempen Pilihanraya Kecil DUN Tenang, kerana di Tenang terdapat tiga tanah rancangan FELDA, saya rasakan ia tidak sewajarnya dijadikan satu bahan kempen," katanya.
TOP Ten Minggu INI
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
Tolak Sistem Biometrik Serlahkan Pemikiran Terlalu Ortodoks Pas Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pas berfikiran kuno kerana menolak cadang...
-
Mitshubishi tiru proton wakaka!! Tragedi yang menyayat hati telah berlaku petang tadi depan mata masa gua singgah showroom Edaran Otomobil...
-
Mengapa BR1M diumum RM 1200 dalam akujanji BN yang lepas? Kos untuk melaksanakan ini adalah melibatkan peruntukan hampir RM 11 Billion.
-
Oleh: MUTALIB M.D EKORAN daripada cabaran Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein memintanya mengemukakan bukti sekirany...
-
Kajian telah membuktikan bahawa dengan cara mudah iaitu memasukkan upper-casing di dalam password anda akan mengurangkan peluang pengodam &...
-
Seorang usahawan menawarkan sebanyak RM5 juta untuk membeli Pasar Lama Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) bagi menyelesaikan kemelut kir...
-
Kali ni kita berbicara tentang Mak Mah, SUPERBOROSWOMAN 1Malaysia untuk 2012 ini.. Segalanya bermula beberapa hari lalu apabila akhbar Sydn...
-
Mungkin ada yang dah kenal, atau mungkin baru nak mengenali bakal pemimpin akan datang kita ni. Apa yang dipaparkan nanti betul-betul tidak...
-
Mohd Nor Yahya KOTA BHARU, 24 Dis: PAS Kelantan sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap laman web, blog dan i...
Paling Popular
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
Mungkin ada yang dah kenal, atau mungkin baru nak mengenali bakal pemimpin akan datang kita ni. Apa yang dipaparkan nanti betul-betul tidak...
-
Anak main fb, bapak dalang hina hudud terkantoi Konspirasi didedahkan oleh hanief = malaysianews Guna user name matamata . Disyaki seba...
-
DAYAH paling kanan yang hampir nak tersembul tu..
-
Edisi Berita Tak Pelik Setelah persetujuan rundingan meja bulat oleh Menteri-menteri BN yang kaya melebihi tokey 18 petrol pam dibuat dip...
-
Menteri Kata Tidak Salah Tonton Porno Jika Bukan Cari KEUNTUNGAN. Wow!
-
-
Rakaman pengisytiharan Siapa Penderhaka Di Gua Musang di dalam Majlis Ramah Mesra Ke Bawah Duli yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Bersama ...
-
Mitshubishi tiru proton wakaka!! Tragedi yang menyayat hati telah berlaku petang tadi depan mata masa gua singgah showroom Edaran Otomobil...
-
ADAKAH IA SEBAHAGIAN DARI KONSPIRASI DAJAL / PARA KONSPIRATOR DUNIA ??