Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, December 28, 2010

Lagi Kes melibatkan POLIS - Wanita dakwa ditumbuk semasa kemalangan


KUALA LUMPUR, 28 Dis – Seorang wanita mendakwa ditumbuk dan dimarahi seorang lelaki selepas kereta yang dipandunya terlanggar kereta lelaki itu di hadapan Ampang Point di sini dua hari lepas.
Malah lelaki itu turut mengugut untuk mencederakan anak wanita itu yang merakamkan pergaduhan tersebut, kata Pengerusi Biro Aduan Awam MCA Datuk Michael Chong.
Katanya, kejadian berlaku pada tengah hari ketika Wong Lai Yee, 43, yang sedang dalam perjalanan bersama seorang wanak perempuan berusia 12 tahun dan seorang anak lelaki berusia 20 tahun, terlanggar bahagian belakang kereta lelaki itu semasa membelok ke satu simpang.
“Selepas perlanggaran itu, lelaki berumur 40-an itu memarahi Wong dan mengatakan bahawa dia bersikap kurang ajar lalu menumbuk lengan kanannya serta menendang pintu hadapan sebelah kanan sehingga kemek,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.
Beliau berkata, Wong yang tidak berpuas hati dengan perbuatan lelaki itu,telah menyuruh anak lelakinya merakamkan pergaduhan itu namun diugut oleh lelaki tersebut.
Chong berkata, selepas pergaduhan itu lelaki itu melarikan diri manakala Wong membuat lapran polis di balai Ampang Jaya.
-Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular