Negara punyai banyak garis panduan termasuk garis panduan penyiaran, jika dulu kita dengar garis panduan melarang artis rambut panjang dari disiarkan, tetapi akhirnya ianya terus hilang diserap oleh waktu yang berlalu.
Agenda Freemason tidak sunyi dari perancangan sulit dan licik mereka, termasuk meracuni pemikiran pemimpin-pemimpin negara, media-media dan apa ruang dan peluang mereka gunakan, tentu sekali mereka akan memilih mereka-mereka yang korup akhlak dan rapuh pegangan agama untuk merealisasikan agenda menghancurkan umat Islam.
Didalam rancangan TV tidak sunyi dari agenda Freemason yang tidak mampu dikesan oleh pemikiran sekular yang rapuh akidah, lihat sahaja bagaimana acara Anugerah Skrin TV3 2010, wanita-wanita yang sanggup dibeli tubuh badan mereka memperagakan pakaian yang amat biadap terhadap Islam. Ini semua adalah hasil usaha licik dan tersusuh Freemason.
Sekiranya media seperti TV ini tidak dibersihkan dari ‘cable’ Freemason nescaya generasi akan datang akan lebih parah dan terus liar. Untuk membersihkan ‘cable’ TV ini bukan satu pekerjaan yang mudah kerana ia memerlukan pengorbanan, masa, tenaga dan yang paling penting adalah pengorbanan ketaatan membuta tuli terhada pemerintah yang sedia ada. Menerusi tangan pemerintah yang ‘kotor’ dengan menerima pakai idea-idea Freemason ini semua agensi dibawahnya akan turut dipaksa untuk direalisasikan segala agenda Freemason.
Umat Islam tidak harus menjadi pak turut didalam semua keadaan, kerana umat Islam telah ada panduan yang jelas yang diturunkan oleh Allah dan diamalkan oleh Rasulullah iaitu al-Quran dan Hadis, kerana Rasulullah pernah bersabda sesiapa yang mengikut al-Quran dan Hadis mereka tidak akan sesat untuk selama-lamanya. Apakah kita masih tidak percaya? Ya, untuk kita percaya sekadar anguk tidak memadai. Inilah yang saya katakan mengorbankan keyakinan, selama ini kita begitu yakin bahawa Umno dan Barisan Nasional adalah yang terbaik, tetapi Allah dan Rasul sendiri kata apa yang dibuat oleh Umno dan Barisan Nasional adalah yang mengundang kemurkaan Allah. Kita harus berubah kepada keredaan Allah hanya itulah sajalah pengorbanan yang perlu kita lakukan untuk melihat generasi kini dan akan datang menjadi generasi cemerlang dan diredai Allah. INI LAH HASIL NYA [ Baca Di SINI ]