Grab the widget  IWeb Gator

Monday, February 28, 2011

Teka-teki tarikh PRU ke-13

Suhaimi Mokhtar  - Harakah 
Pendaftaran tahunan pengundi baru sedang dibuka sekarang sehingga November akan datang bagi membolehkan pengundi-pengundi baru mendaftar menjadi pengundi dalam pilihanraya ke-13 yang dijangka akan diadakan pada 2012.

Daftar pemilih terbaru akan digunapakai sebagai daftar pemilih yang sah untuk pilihanraya akan datang. Jika pilihanraya tidak berlangsung pada 2012, maka pendaftaran seterusnya akan dibuka, jika ada kesempatan masa yang cukop bagi membolehkan pendaftaran pengundi baru, sebelum tamatnya tempuh mandat kerajaan yang ada pada bulan Mach 2013.

Jika pilihanraya diadakan pada 2012,maka pendaftaran daftar pemilih terakhir sehingga November 2011 akan dikira sah sebagai pengundi. Inilah keganjilan peraturan pendaftaran daftar pemilih yang wujud dalam sistem pilihanraya negara ini yang digubal oleh SPR dan kerajaan.

Dengan pembukaan pendaftaran daftar pemilih yang baru diumumkan oleh SPR ini menjadikan teka-teki tarikh pilihanraya kian menjadi perbincangan hangat dikalangan parti politik dan mereka yang berminat dengan perkembangan semasa. Tarikh pilihanraya pun menjadi teka-teki, sedangkan sepatutnya tarikh pilihanraya ditentukan lebih awal sebelum tamat tempuh mandat.

Sewajarnya ,pendaftaran daftar pemilih dibuka sepanjang tahun, bila-bila masa sahaja, tidak berkala seperti sekarang. Ia lebih adil kepada semua pihak disamping membuka ruang seluas-luiasnya untuk perkembangan demokrasi sihat setelah sekian lama diamalkan. Lebih wajar lagi jika pendaftaran daftar pemilih diwajibkan dan usia yang layak mengundi diturunkan dari 21 tahun kepada 18 tahun.

Cadangan-cadangan ini disyurkan untuk menyuburkan lagi proses demokrasi dan memberi peluang lebih luas kepada rakyat untuk menentukan kerajaan pilihan rakyat yang sebenarnya, sesuai dengan penglibatan orang muda diabad ini dalam menentukan masadepan negara seperti berlaku diseluruh dunia tidak terkecuali Malaysia.

Sepatutnya tidak ada mana-mana pihak yang bimbang dengan trend pengundian oleh pengundi-pengundi muda.Mereka tergulung di kalangan terpelajar yang boleh membuat pilihan yang tepat untuk masadepan negara.

Seperkara lagi, demografik penduduk negara ini yang majoriti terdiri dikalangan muda patut diberi peluang menjadi pengundi sekaligus membuka ruang untuk mereka terlibat dalam proses demokrasi menentukan kerajaan yang benar-benar menjadi pilihan rakyat. Inilah cara sebagai memberi penghargaan kepada kalangan muda.

SPR perlu dilihat telus,adil,tidak menyebelahi pihak kerajaan dan bersih dalam melaksanakan pilihanraya kerana jika cirri-ciri ini tidak kelihatan, dibimbangi ada pihak yang mengambil kesempatan untuk melakukan penyelewengan dalam pilihanraya.

Sejarah pilihanraya negara ini pernah mencatatkan sejarah hitam apabila selepas pilihanraya 1969 berlaku peristiwa berdarah 13 Mei yang membawa negara berada dibawah pemerintahan Majlis Gerakan Negara (Mageran), apabila parlimen di gantung dan undang-undang darurat d istiharkan.

Apa yang mencetuskan huruhara selepas pilihanraya 1969 telah banyak ditulis dan dibukukan, tetapi banyak pula disapu dibawah permaidani.Keputusan pilihanraya 1969 dibeberapa buah negeri seperti Perak, Pulau Pinang dan Selangor menjadi punca segera meletusnya pergaduhan kaum, buat pertama kalinya di negara ini.

Parti-parti pembangkang ketika itu DAP,Gerakan,PPP yang memenangi banyak kerusi di Perak, Pulau Pinang dan Selangor telah membuat provokasi menyebabkan Umno yang tidak dapat membentuk kerajaan di Selangor dan di Perak pada awalnya, membalas provokasi tersebut.

Pulau Pinang dimenangi Gerakan yang mengambil alih kerajaan pimpinan Perikatan Umno-MCA yang berketua menterikan tokoh MCA Wong Pau Nee. Gerakan akhirnya menyertai Barisan Nasional (BN) selepas berakhirnya pemerintahan darurat dan Mageran.

PAS juga menyertai BN dengan beberapa orang tokoh PAS termasuk presidennya masa itu, Datuk Mohd Asri Muda menyertai kabinet persekutuan. PPP juga menyertai BN yang akhirnya menyebabkan BN dapat menubuhkan kerajaan di Perak.Umno dan MCA mendapat separuh kerusi Dun di Perak dan selebihnya dimiliki PPP dan DAP.

Di Selangor Umno yang memenangi separuh dari kerusi Dun akhirnya dapat menubuhkan kerajaan apabila beberapa orang ahli Dun pembangkang menyertai BN.Sebab segera dan utama selain provokasi keterlaluan sepanjang kempen pilihanraya sebelumnya dan beberapa hari selepas pilihanraya 10 Mei, merupakan punca utama trajidi berdarah 13 Mei.

Semua pihak telah belajar dari trajidi itu yang menjadi pengalaman pahit demokrasi berparlimen dinegara ini dan dari pengalaman itu keputusan pilihanraya 2008,walaupun beberapa negeri dimenangi parti pembangkang, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kelantan yang terus dikuasai PAS sejak 1990, Umno-BN telah menerima realiti keputusan pilihanraya itu tanpa mengheret keadaan kepada perkara-perkara yang tidak dingini.

Pilihanraya Umum ke-13 nanti akan menyaksikan pertarungan hebatdan senget antara dua gabungan parti. Ia lebih hebat dari pilihanraya 2008. Kini Malaysia bagaikan mengamalkan sistem dua parti, Gabungan Umno-BN dan Gabungan Pakatan Rakyat.Kedudukan ini memberi petanda sihat kepada sistem demokrasi dinegara ini.

Ia seperti sistem dua parti di Amerika Syarikat (AS) antara Demokrat dan Repablikan,antara Buruh dan Konservatif di Britain.walaupun kini terdapat parti –parti ketiga yang baru muncul di AS dan Britain.Parti-parti ketiga ini tidak mampu untuk bersendirian.Ia perlu bergabung dengan mana-mana parti seperti yang berlaku antara parti konservatif dan parti Liberal demokrat yang berkongsi kuasa dengan kerajaan pimpinan Konservatif , David Cameron di Britain.

Pilihanraya ke-13, sedikitpun tidak boleh dilihat ada tanda-tanda tidak telus dan bersih, kerana jika keadaan ini berlaku ia akan menimbulkan ketegangan selepas pilihanraya seperti yang berlaku dikebanyakan negara di Afrika baru-baru ini.

Parti kerajaan yang memerintah dibeberapa buah negara dunia sering tidak mahu mengaku kalah dalam pilihanraya dan mahu terus berpaut kepada kuasa yang dipegang, walaupun rakyat telah memilih parti pembangkang. Ini sering berlaku yang menyebabkan timbulnya ketegangan selepas pilihanraya.

Perkara ini diharap tidak akan berlaku di Malaysia dan bagi menjamin peralihan kuasa dengan saksama, jika berlaku pertukaran kerajaan, maka kerana itu disarankan supaya pihak pemerhati luar patut turut sama memonitar pilihanraya bebas dinegara ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular