Grab the widget  IWeb Gator

Monday, February 28, 2011

Tak Kan Cop AYAM...Monorel Patah Di Hari Pelancarannya !!!

Cap AYAM ke??

Tatkala begitu ghairah untuk mengentam PAS, Ketua Menteri Melaka mendedahkan sendiri bhawa monorel yang dipasang di tepi Sungai Melaka "patah" sewaktu di hari pelancarannya.

Gambar: Kren terpaksa digunakan untuk keluarkan penumpang yang tersangkut di dalam monorel setelah monorel itu rosak di hari pertama pelancarannya

Beliau membuat penjelasan tersebut sewaktu cuba mempertahankan beberapa pembaziran yang telah dilakukannya seperti yang didakwa oleh rakyat di dalam kempen pilihanraya kecil N27 DUN Merlimau.
Beliau berkata monorel berkenaan dibeli murah dari negara Cina dengan alasan kononnya untuk menyokong kaum Cina. Beliau menempelak PAS seperti yang dilaporakan oleh The Malaysian Insider:

“Dia (PAS) nak undi Cina tapi barang China tak nak pakai, PAS ini kan hipokrit... saya beli monorel dari China pasal sokong Cina. Jadi saya sokong China... saya sokong orang Cina jadi saya beli monorel China. DAP kata nak undi Cina tapi monorel China tak nak beli.

“Dia cakap lain tapi buat lain, saya berani beli monorel,” tegas beliau.

Rakyat ingin memberitahu kepada Ali Rustam bahawa kaum Cina di Malaysia sendiri tak beli barang RM2 kerana mereka tahu barang-barang tersebut tak berkualiti.

Cina mengeluarkan barang-barang tersebut secara pukal untuk menampung keperluan penduduk mereka yang terlalu ramai (jumlah penduduk negara Cina ialah 1.5 billion), justeru itu mereka pentingkan kuantiti dan bukan kualiti.

Tetapi anehnya, di Malaysia ada Ketua Menterinya yang sanggup menggadaikan nyawa orang dengan membeli monorel yang murah semata-mata untuk menunjukkan negerinya gah... dengan adanya monorel.

GB sebelum ini pernah mengulas projek pembelian monorel yang membazir tersebut. Petikan:


Ulasan GB

Monorel di Mekah bertujuan untuk memudahkan jemaah haji menunaikan fardhu Islam kelima dengan sempurna dan selesa.

Tetapi berbeza monorel di Melaka. Untuk berjalan bersiar-siar melihat "keindahan" betapa kotor Sungai Melaka.

Jika monorel yang dibina boleh digunakan oleh rakyat Melaka sehari-hari untuk pergi ke satu-satu destinasi (misalnya dari Melaka Sentral ke MITC atau Mahkota Parade)mungkin banyak juga kegunaan dan kebaikannya. Tetapi ia sekadar produk pelancongan yang entah abad ke berapa baru dapat pulangan modalnya yang sebanyak RM16.5j itu.

Siapa pulak nak naik monorel melawat sungai tu setiap hari? Hanya bergantung kepada pelancong yang tiba sekali sekala.

Sungguh kurang cerdik pelaburan sedemikian. Setelah projek Eye On Malaysia gagal, kini Melaka terus-terus melakukan kerja-kerja pembaziran. Ia mengekori kerajaan Pusat yang berlumba-lumba membangunkan projek mega seperti projek Menara Warisan berharga RM5 billion tetapi tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada rakyat jelata.

Berbanding dengan projek mega di Mekah yang bertujuan untuk ibadah. Di negara kita projek mega hanya untuk bermegah.

Akibatnya baru empat jam dirasmikan dah tersangkut. Mujur tak tergelincir. Mohon dijauhkan Allah kejadian-kejadian yang tidak elok.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular