Grab the widget  IWeb Gator

Monday, February 21, 2011

Lelaki tikam ibu sedang tidur

Al-Israa`:023
  
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia .

*************************************************************************

BAHAU – Gara-gara tidak makan ubat, seorang pesakit mental menikam ibunya yang tidur hingga mati di sebuah rumah di Felda Kepis, dekat sini, Jumaat lalu. 



Mangsa, Jemelah Muhamad, 53, seorang pekerja kantin sekolah, di sini, maut ditikam anaknya, yang mengalami masalah mental sejak enam tahun lalu. 

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, anak lelaki mangsa yang berumur 28 tahun itu dipercayai menikam beberapa kali dada ibunya yang sedang tidur di dalam bilik. 

Kejadian itu disedari suami mangsa, Sohaimi Maidin, 53, yang sedang berbual bersama rakan di luar rumah apabila mendengar jeritan isterinya meminta pertolongan. 

Sohaimi berkata sebaik mendengar jeritan isterinya, dia segera ke bilik dan mendapati anaknya sedang menikam dada Jemelah beberapa kali. 

“Tanpa berfikir panjang, saya segera memukul dan menariknya dari situ, sementara isteri lari keluar rumah dalam keadaan berlumuran darah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. 

Sohaimi berkata, anak kedua daripada empat beradik yang tidak mempun-yai pekerjaan itu, tidak melawan dan hanya mendiamkan diri, seolah-olah terkejut dengan apa yang berlaku. 

“Saya segera membawa isteri ke hospital dengan bantuan jiran untuk mendapatkan rawatan kecemasan. 

“Hari Sabtu, saya menerima berita menyedihkan apabila doktor di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, memaklumkan isteri saya meninggal dunia sekitar jam 1 tengah hari,” katanya. 

Sohami berkata, dia tidak pernah terfikir perkara itu boleh berlaku kerana anaknya tidak pernah bertindak di luar jangkaan. 

“Saya sedih dan terkilan dengan kejadian itu kerana saya dan arwah melayan mangsa bagaikan menatang minyak yang penuh. 

“Mungkin anak saya melakukannya kerana tidak memakan ubat sakit mental yang dialaminya sejak beberapa hari lalu,” katanya. 

Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Kepis dekat sini, semalam. 

Difahamkan, suspek ditahan untuk membantu siasatan turut diberikan peluang melihat arwah ibunya buat kali terakhir. 

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Jaafar Baba ketika dihubungi berkata, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati. SH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular