Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, January 26, 2011

UMNO IS DEAD: Calon Umno rupanya ada rekod mahkamah, aniaya peneroka tanah!..(video inside)




Versi Malaysiakini: PAS ungkit masa silam calon BN
Versi TheMalaysianInsider: PAS serang calon BN, dakwa Azhar tak layak cakap isu tanah
Versi Harakahdaily: Calon BN cuai sebagai ADO
Versi tvsnews.net: Calon BN Ada Rekod Mahkamah

Versi Utusan Malaysia: (Maaf, kami tidak akan menyiarkan berita yg boleh menjejaskan sokongan rakyat kepada parti kerajaan..nanti tuan kami marah...)
Versi blogger Milo Suam (bergambar): Siri 1 | Siri 2 | Siri 3

BERITA 1

PAS ungkit masa silam calon BN

PAS hari ini mendakwa bahawa kecuaian calon BN Mohd Azahar Ibrahim ketika menjadi penolong pegawai daerah Segamat, telah mengakibat tanah seorang penduduk dilelong tanpa pengetahuannya.

Dakwaan tersebut dibuat oleh naib presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam satu sidang akhbar di Tenang hari ini.



Salahuddin (tanpa ketayap) berkata, kes itu berlaku pada tahun 2003 sehingga mengakibatkan sebidang tanah milik Mansor Mohamad telah dilelong.

Sementara itu, ahli jawatankuasa PAS pusat, Mohamed Hanipa Maidin pula berkata, ekoran Mansor gagal membayar balik ansuran bank, Azahar dikatakan mengadakan satu inkuiri yang membawa kepada tanah Mansor dilelong tanpa pengetahuannya.

Bagaimanapun, kata Salahuddin, pada tahun 2008, Mahkamah Tinggi Muar membuat keputusan yang memihak kepada Mansor di mana beliau menamakan pejabat tanah daerah Segamat sebagai defenden.

Beliau mendakwa, kecuaian Azhar itu telah mengakibat nama baik pejabat pentadbir tanah Segamat terjejas dengan teruk.

Tegasnya, ia sekaligus menghakis keyakinan rakyat terhadap ketelusan pejabat tanah daerah Segamat dalam mengurus dan mengendalikan tanah mereka.

Manakala Azhar (bertopi) pula, ketika ditanya mengenai dakwaan PAS itu berkata: "Ini keputusan mahkamah.... (perkara) itu mereka manipulasikan sahaja".

Ditanya mengenai dakwaan PAS yang beliau tidak sesuai menjadi calon Umno, Mohd Azhar menjawab: "(Itu) provokasi, biasalah. Awak pun tahu". - Malaysiakini

BERITA 2

Calon BN Ada Rekod Mahkamah

LABIS 25 JAN : PAS hari ini mendedahkan bukti calon Barisan Nasional (BN) terlibat dalam kes mahkamah berhubung lelongan tanah di Segamat pada tahun 2003.



Azahar Ibrahim sebelum ini telah disaman pada 2004 oleh pemilik tanah Mansor Mohamad di Mahkamah Tinggi Muar berikutan melelong tanah tanpa kebenaran pemilik ketika beliau memegang jawatan sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat.

Pengarah Pilihanraya Kecil PAS DUN Tenang, Salehuddin Ayub berkata kecuaian calon BN itu membuktikan beliau tidak seharusnya diberi mandat membela nasib rakyat di kawasan itu.

"Bukankah kerana kecuaian dan kelalaian calon Umno selaku Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat telah mengakibatkan hartanah Mansor Mohamad telah dengan tidak sah dilelong pada 1/12/2003 dengan harga RM 70 ribu," kata beliau dalam sidang media pagi tadi.

Salehuddin turut mempersoalkan isu integriti calon yang diketengahkan BN.

"Pendedahan ini menunjukkan bahawa sejak dari awal Umno dengan sengaja menyembunyikan fakta kerana sedar rakyat akan menolak calon Umno itu," jelasnya lagi.

Pada 18 September 2003, Perintah Jualan telah dikeluarkan oleh Azahar kepada hartanah Mansor Mohamad mengakibatkan tahan beliau dilelongan pada Disember tahun yang sama.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Muar, Hakim Datuk Asmadi Asnawi pada tahun 2008 memutuskan lalu membenarkan tuntutan Mansor ke atas Azahar Ibrahim yang pada masa itu memegang jawatan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat dengan kos akibat dari kecuaian dan kelalaian sebelum beliau ditukarkan ke Pejabat Tanah Daerah Rengit.

Justeru Salehuddin berkata PAS akan menunggu respon daripada calon Umno dan menjelaskan perkara tersebut disamping bersedia untuk bertanggungjawab ke atas dakwaan yang dikemukakan terhadap calon BN DUN Tenang itu.

Salehuddin turut mengingatkan pengundi bahawa tidak mengadaikan maruah dan masa depan dengan memilih calon BN yang telah dibuktikan mahkamah menganiayai rakyat.

"Mengapa calon yang telah dibuktikan oleh mahkamah cuai dan lalai dalam melaksanakan tugas awam diamanahkan namun masih lagi dicalonkan oleh Umno bagi mewakili rakyat DUN Tenang," soalnya.

Dalam sidang media yang sama, mangsa Mansor Mohamad berkata sehingga kini geran tersebut masih belum ditukar ke atas nama beliau.

Tambahnya beliau tidak mengemukakan sebarang saman kepada Pejabat Tanah Daerah Segamat sebaliknya hanya menuntut kembali hak tanahnya. - tvs

BERITA 3

Calon BN cuai sebagai ADO

LABIS, 25 Jan: Calon BN untuk Pilihan Raya Kecil Dun Tenang didakwa cuai dalam menjalankan tugasnya sebagai pegawai kerajaan sebelum ini dan pernah disaman kerana melelong tanah tanpa pengetahuan tuan tanah.



Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub mendedahkan calon BN, Mohd Azahar Ibrahim didapati cuai dan lalai ketika memegang jawatan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat sehingga disaman pada tahun 2004 oleh tuan tanah, Mansor Mohamad.

Katanya, Azahar yang dikenali dengan panggilan Tok Ai telah disaman di Mahkamah Tinggi Muar melalui Saman Pemula No: 24 (L) - 674-2004 berkaitan kes siasatan hartanah HS (M) 535, Lot 2091, Mukim Jabi, Daerah Segamat.

Menurut beliau, disebabkan kecuaian dan kelalaian Azahar yang ketika itu sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat telah mengakibatkan satu Perintah Jualan ke atas hartanah Mansor Mohamad pada 18 September 2009.

"Kerana kecuaian Tok Ai tanah tersebut secara tidak sah telah dilelong pada 1 Disember 2003 dengan harga RM70,000," ujarnya.

Beliau kesal dengan kecuaian Tok Ai yang menyebabkan tuan tanah, Mansor menjadi mangsa kezaliman kerana hartanahnya dilelong kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan beliau.

Justeru kata beliau, disebabkan kecuaian dan kelalaian itu telah mengakibatkan nama baik dan intergriti Pejabat Pentadbir Tanah Segamat terjejas teruk sekaligus menghakis keyakinan rakyat pada ketelusan Pejabat Tanah Daerah Segamat.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Muar, Yang Arif Hakim Dato' Asmadi Asnawi telah membenarkan tuntutan Mansor ke atas Pentadbir Tanah Daerah Segamat pada 29 Januari 2008 dengan kos akibat kecuaian Tok Ai mengendalikan isu tersebut.

Salahudin yang juga Pengarah Pilihan Raya Dun Tenang mempersoalkan mengapa calon yang telah dibuktikan oleh Mahkamah cuai dan lalai dalam melaksanakan tugas awam masih dicalonkan untuk PRK Dun Tenang.

"Tidakkah tindakan Umno ini membuktikan Umno tidak menghiraukan isu integriti dan kompetensi seorang calon bagi mewakili rakyat atau pengundi Dun Tenang," tegasnya.

Beliau yakin dengan pendedahan itu membuktikan bahawa Umno memang sengaja menyembunyikan fakta-fakta tersebut kerana bimbang pengundi Dun Tenang akan menolak calon Umno-BN.

Merujuk rekod buruk Tok Ai, Azahar Ibrahim, PAS yakin dan percaya rakyat Dun Tenang tidak akan tertipu dengan janji-janji manis beliau untuk menyelesikan maalah tanah di Labis.

Ini kerana katanya, fakta dan keterangan tersebut jelas menunjukkan tanah rakyat dengan mudah telah dilelong dengan secara tidak sah.

"Kami menyeru pengundi Dun Tenang jangan gadaikan maruah dan masa depan anak bangsa dengan memilih calon Umno yang terbukti didapati bersalah oleh Mahkamah kerana menganiayai rakyat," tegasnya.

Salahudin menegaskan pendedahan itu bukan merupakan serangan peribadi calon tetapi ia menyentuh isu integriti dan kelayakan Azahar (Tok Ai) untuk menjadi calon di Dun Tenang. - HD

BERITA 4

PAS serang calon BN, dakwa Azhar tak layak cakap isu tanah

LABIS, 25 Jan — Kempen DUN Tenang masuk hari keempat dengan PAS mendakwa calon Umno-Barisan Nasional (BN) Mohd Azahar Ibrahim tidak layak untuk memperjuangkan isu tanah semasa berkempen.



Ini kerana bekas bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit itu gagal “menyelamatkan” tanah seorang penduduk tempatan di Segamat sehingga tanah tersebut dilelong disebabkan kecuaian dan kelalaian Mohd Azahar dalam menguruskan hal tanah di daerah Segamat.

Pada sidang media yang diadakan hari ini, Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Tenang Salahuddin Ayub berkata, perkara tersebut berlaku pada 2003 dan ketika itu Mohd Azahar adalah Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat.

Menurut Salahuddin, akibat kecuaian dan kelalaian Mohd Azahar seorang penduduk telah menjadi mangsa sehingga menyebabkan tanah miliknya dilelong kepada pihak ketiga.

“Kerana kecuaian dan kelalaian calon Umno-BN selaku Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat (ketika itu) telah mengakibatkan satu perintah jualan ke atas hartanah seorang penduduk pada 2003.

“Bukankah kerana kecuaian calon Umno selaku Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat mengakibatkan hartanah seorang penduduk dengan secara tidak sah dilelong pada 2003 dengan harga RM70,000.

“Bukankah calon Umno selaku Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat secara cuai mengeluarkan perintah jualan hartanah tersebut tanpa pengetahuan mangsa yang mengakibatkan beliau menjadi mangsa kepada kezaliman hartanahnya dilelong kepada pihak ketiga,” katanya. - TMI

Popout
p/s: Gambar/banner "Umno Is Dead" ini dihasilkan bagi 'membalas' banner team Nadi Rakyat..jika mereka punyai banner 'PAS is Dead', maka kita juga punyai banner "UMNO IS DEAD"..sebarkan..;)



Pria Malaya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular