Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, January 13, 2011

Tuntut ulasan penyokong Umno!: "PAS akan menubuhkan negara Islam jika memerintah" - MCA



Oleh: Pria Malaya

Nampaknya sekutu Umno ini sekali lagi cuba memprovoke dan menakut2kan masyarakat China terhadap dasar penubuhan negara Islam PAS..

Jika dahulu, mereka cuba memperlekeh dan menghina undang2 Islam yang bakal dilaksanakan PAS kelak adalah mundur terkebalakang dan boleh mengubah kehidupan orang bukan Islam, hari ini mereka sekali lagi mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan ini..

Depan Melayu cakap lain, depan Cina cakap lain..

Terbukti Umno dan MCA telah berkompromi memperbodohkan penyokong2nya..Umno di depan kaum Melayu menuduh PAS bakal melupakan hasrat negara Islamnya, PAS sudah melupakan matlamat perjuangan Islamnya, PAS menjadi boneka DAP dalam Pakatan Rakyat..

Di masa yg lain, MCA menuduh pula PAS semakin lantang menyuarakan isu2 negara Islam, PAS pasti akan melaksanakan matlamat negara Islamnya, DAP menjadi boneka PAS dalam Pakatan Rakyat dan lain2...sungguh munafik pejuang2 rasis dalam BN ini..

Reaksi pejuang maya Umno??

Penulis tuntut reaksi dan komen penyokong fanatik Umno terhadap kenyataan kurang ajar ini..apa reaksi blogger Umno? apa komen pemimpin Islam Umno..apa tindakan YB Zul Kulim, mana teriakan PERKASAm dan NGO Melayu..

Adapun reaksi Najib, penulis telah pun ketahui..Najib sebagaimana Chua Soi Lek percaya bahawa PAS akan melaksanakan negara Islam, namun seperti juga presiden MCA itu, Najib cuba memberi gambaran negatif terhadap dasar dan matlamat PAS ini..sungguh kurang ajar..boleh rujuk bukti di SINI..fikir2kan..wallahua'lam..

Pengundi Cina di Tenang perlu fikir

KUANTAN 12 Jan. -Masyarakat Cina terutama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang perlu memikirkan sedalam-dalamnya terhadap implikasi penubuhan negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, agenda penubuhan negara Islam mungkin menjadi kenyataan sekiranya Pas berjaya memerintah negara ini.

"Semestinya Pas tidak akan berundur daripada (matlamat) penubuhan negara Islam dan jelas ini merupakan amaran secara terus kepada DAP dan keseluruhan masyarakat bukan Islam.


(Sebagaimana Chua Soi Lek, Najib juga percaya PAS pasti akan melaksanakan negara Islam apabila berkuasa kelak..apa reaksi penyokong Umno? apakah mereka setuju dgn kenyataan Najib ini?..baca di SINI..)

"Malah, jika kita lihat semua parti politik di negara ini, hanya Pas yang bercakap mengenai agama sebagai agenda politik.

"Pastinya Pas akan memenuhi apa yang dilaungkan selama ini dan menepati perlembagaannya untuk menubuhkan negara Islam sekiranya mereka mempunyai kuasa memerintah," katanya.

Beliau menjelaskan demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tahun Baru Cina kepada warga emas di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Soi Lek mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung penubuhan negara Islam dan penguatkuasaan undang-undang Islam dalam satu majlis parti itu di Felda Chemplak Barat dekat Labis, Isnin lalu.

Menurut Soi Lek, MCA tidak akan menggunakan isu itu bagi menakut-nakutkan masyarakat Cina tetapi ia memerlukan pertimbangan yang mendalam.

"Pas sering mengatakan MCA sengaja menjadikan perkara ini (negara Islam) sebagai isu untuk menakutkan masyarakat Cina.

"MCA tidak bermaksud sedemikian tetapi mahu dan berharap kaum Cina dapat membuat pertimbangan mengenai implikasinya," jelas beliau.

Dalam perkembangan lain, beliau menggesa ibu bapa dan pihak sekolah memainkan peranan terhadap gejala judi Internet di kalangan remaja dan pelajar Cina sehingga mendorong mereka meminjam daripada ah long.

"Semua pihak terutama ibu bapa perlu lebih peka dan sentiasa memantau pergerakan anak-anak masing-masing supaya tidak terjebak dengan kegiatan yang merugikan itu.

"Pihak sekolah juga boleh berperanan mengingatkan pelajar mengenai kesan negatif bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga ibu bapa dan masyarakat," jelasnya. - MK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular