Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, January 13, 2011

Benarkah TEKUN di Tenang Untuk Semua Rakyat Tanpa Beza Bangsa???




Tekun oh Tekun
TEKUN Luluskan RM2 Juta Untuk Beli Pengundi




Maklumat terbaru yang diterima, kini strategi di Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu bakal digunakan pula di Tenang kali ini.

Difahamkan, satu mesyuarat anjuran Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor bertajuk "Mesyuarat Majlis Pembangunan Usahawan Negeri bil 2/10 di bawah Portfolio Y.B Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan & Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Johor" di Unit Perancangan Ekonomi Negeri Johor (UPENJ) telah diadakan pada 6 Januari 2011 yang lalu.

Dalam mesyuarat tersebut pihak TEKUN memaklumkan bahawa TEKUN telah meluluskan peruntukan RM2 juta untuk diagihkan kepada pengundi-pengundi di DUN Tenang. RM2 juta ini akan diberikan dalam bentuk pinjaman mudah di mana setiap seorang layak memohon hingga RM5 ribu (400 pengundi layak memohon) dan TEKUN tidak akan memberatkan bayaran balik bagi pinjaman mudah ini. Maknanya kini, sah TEKUN juga sudah dipolitikkan oleh UMNO BN bagi memastikan kemenangan mereka di DUN Tenang nanti. Oleh itu, rakyat diminta berhati-hati dengan senario ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular