Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, January 25, 2011

TENTANG ANTI-MURTAD, AMDE SIDEK BIADAP!


Oleh: HAMZAH ABDULLAH
PAS Sabah merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden SAPP, Amde Sidek, berhubung penentangan SAPP terhadap perlaksanaan undang-undang anti-murtad yang bakal dilaksanakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

PAS Sabah merasa amat dukacita di atas kenyataan biadap yang mempermainkan Agama Islam kerana murtad adalah tindakan keji yang menafikan keagungan Agama Islam.

Amde hendaklah mengkaji sejarah masa lampau ketika umat Islam Singapura sanggup merusuh dan bermandi darah angkara tindakan memurtadkan Natrah pada tahun 1950.


Tindakan yang dilakukan oleh JHEAINS adalah suatu yang tepat pada masanya walaupun sedikit terlewat. Sewajarnya undang-undang anti-murtad ini telah dikuatkuasakan sebaik negara ini mencapai kermerdekaan. Tetapi PAS berpandangan bahawa lebih baik terlewat sedikit daripada tidak bertindak langsung.

Amde hendaklah memahami maksud firman Allah, “barangsiapa yang murtad di antara kamu dari Agamanya, lalu dia mati dalam kekufuran, maka mereka itulah golongan yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat dan mereka itulah penghuni neraka yang kekal di dalamnya.”

PAS Sabah mengingatkan pihak yang tiada kena mengena dengan Islam supaya tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal umat Islam. Melaksanakan undang-undang anti-murtad adalah bagi menjaga akidah umat yang mengaku bergama Islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular