Selari dengan projek pendedahan penyelewengan tanah yang sedang dilakukan oleh MiLo SuaM terhadap Mohd. Azhar Ibrahim, Calon Barisan Nasional DUN Tenang, atau nama manjanya Datuk Ai semasa menjawat jawatan Pembantu Pegawai Daerah Segamat, ADO [Penyelewengan Calon BN]. Nampaknya pimpinan PAS juga telah menghidu isu ini.
Dari pihak pimpinan PAS dilihat telah turut sama menjalankan research / penyiasatan berhubung isu penyelewengan tanah yang dilakukan oleh calon BN yang berangan untuk menyelesaikan masaalah tanah penduduk DUN Tenang.
Berikut video rakaman kenyataan sidang Media daripada pimpinan PAS.
Nampaknya pendedahan ini akan menjadi lebih hangat! MiLo SuaM akan mendedahkan satu persatu penyelewengan ini, manakala pimpinan PAS akanmeletupkan isu ini di sidang media untuk memastikan maklumat ini sampai terus kepada akar umbi di DUN Tenang.
Namun sekiranya pimpinan PAS dilihat enggan untuk mendedahkan penyelewengan Calon BN ini, MiLo SuaM akan tetap konsisten untuk mendedahkannya.
Harapan ReJaM semoga para pengundi DUN Tenang dapat diselamatkandaripada pemimpin rakus dan tidak berhati perut ini yang dilihat sudah mulamemancing rakyat kononnya ingin menyelesaikan masaalah tanah penduduk setempat.
ReJaM© "Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah..."