Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, January 27, 2011

Pembantu Shuhaimi dipanggil polis

Seorang pembantu ADUN Sri Muda, Mohammed Azmin Abdul Kadir akan hadir memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah Shah Alam petang ini dipercayai berhubung siasatan ke atas wakil rakyat berkenaan Shuhaimi Shafiei.

Beliau disahkan akan hadir ke balai polis berkenaan pada jam 4 petang ini, menurut seorang lagi pembantu Shuhaimi, Azmizam Zaman Huri.
Azmizam berkata, polis telah menelefon ke pejabat DUN berkenaan bagi memaklumkan perkara itu pada petang semalam.

Ditanya lanjut, Azmizam berkata beliau percaya siasatan itu berhubung kait dengan siasatan ke atas Shuhaimi sebelum ini.

"Tapi kita pun tak tahu sebab polis dah umum kata siasatan dah habis.
"Kalau kita tak pergi, dikatakan tak beri kerjasama pula. Jadi kita tetap akan pergi," katanya lagi ketika dihubungi petang ini.

Menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 17 Januari lalu dilaporkan sebagai berkata, polis telahpun menyelesaikan siasatan terhadap Shuhaimi.

Siasatan berkenaan dijalankan berhubung dakwaan bahawa ADUN berkenaan telah menghina Sultan Selangor melalui satu tulisan blog.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular