Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, January 27, 2011

Beberapa jalan ditutup sempena Hari Wilayah

2011/01/27

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan di sekitar Dataran Merdeka akan ditutup Sabtu ini sempena sambutan Hari Wilayah. 

Jalan-jalan tersebut yang akan ditutup mulai 6 pagi hingga 12 tengah hari
melibatkan Jalan Raja, persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Raja/Jalan Cenderasari/Jalan Lembah, Jalan Perdana/Jalan Damansara/Bulatan Hishamuddin.
Jalan Kinabalu/Susur Bukit Aman, Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Tun Perak/Lencongan Jalan Raja/Jalan Raja Laut dan Lencongan Bulatan Dato' Onn/Jalan 
Parlimen dari arah pusat bandar. 

Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor, berkata pengguna jalan raya boleh merujuk kepada Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) sebagai panduan tentang penutupan jalan pada hari terbabit. 

Orang ramai yang ingin memasuki kawasan ibu kota hari ini terperangkap dalam 
kesesakan lalu-lintas kerana mereka tidak menyedari mengenai penutupan jalan-jalan bagi memberi laluan kepada upacara raptai sambutan Hari Wilayah di 
Dataran Merdeka. 

"Sebenarnya sudah seminggu makluman mengenai penutupan jalan melalui ITIS 
yang dipaparkan di banyak laluan, namun masih ada pengguna yang merungut dan 
mengatakan pihak kami tidak memaklumkan sebarang maklumat kepada mereka," kata 
Rusli. 

Beliau berkata, seramai 36 anggota polis trafik akan ditugaskan untuk 
mengawal di setiap jalan yang ditutup pada hari sambutan. 

"Mereka akan bertugas seawal jam 5 pagi di mana pada hari-hari biasa anggota trafik hanya bertugas seawal 6 pagi," katanya. - BERNAMA 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular