PAS hari ini mengucapkan tahniah kepada calonnya di Tenang dan menyerang Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang gagal dalam membezakan nilai moral apabila menghina orang yang tidak bersalam tetapi boleh berlakun filem seks.
Mustafa dipercayai mengulas kenyataan Chua Soi Lek yang mempertikaikan tindakan calon PAS, Cikgu Normala Sudirman (gambar) yang tidak bersalam dengan lelaki dalam sessi kempen dalam Pilihan Raya Kecil Tenang.
Sebelum ini, Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria mendesak Chua Soi Lek meminta maaf kepada umat Islam kerana kenyataannya itu. Bahkan Pertubuhan Perkasa juga membela Normala di samping persatuan Peguam Muslim kerana itu adalah ajaran Islam.
Sebelum ini, bekas Menteri Kesihatan itu melepaskan jawatannya dari kabinet selepas didapati terlibat dalam video seks dan beliau sendiri mengaku lelaki dalam video itu adalah dirinya. Namun baru-baru ini, perwakilan MCA telah memilih Soi Lek sebagai presiden mereka.
Jentera pilihan raya PAS di Tenang dibawah pimpinan Salehudin Ayub cuba mengelak dari menyentuh isu ini kerana tidak mahu menyerang peribadi Presiden MCA itu. Antaranya Salehudin mengarahkan mana-mana jentera PASagar menyerahkan kepada polis jika menemui video itu.
Namun kini, ia tidak dapat dielakkan lagi apabila Choi Sek sendiri membuka pandora box dengan mempertikaikan hak peribadi calon PAS itu sebagai seorang Islam.
Berikut adalah kenyataan penuh Mustafa.
Saya terpanggil untuk memberikan komen dan pandangan saya bagi pihak PAS terhadap komen yang dibuat oleh Datuk Seri Chua Soi Lek, Presiden MCA terhadap isu bersalam.
PAS mengucapkan tahniah dan syabas kepada Normala Sudirman kerana tidak menggadaikan prinsip dan disiplin perjuangan untuk kepentingan politik sementara.
Normala berjaya tonjolkan disiplin Islam di tengah-tengah masyarakat dengan penuh yakin walaupun mungkin kehilangan satu dua undi orang di sekeliling Chua Soi Lek. Tak usah bimbang kerana masyarakat umum yang mengenali PAS memahami soal ini.
Ia bukan perkara baru dalam PAS. Semua pemimpin muslimat PAS samada calon atau tidak calon berpendirian yang sama seperti Normala. Samada Dr Mariah Mahmood (MP Kota Raja) atau Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (MP Titiwangsa) dan lain-lain wakil rakyat PAS pun berpendirian yang sama hatta Datuk Seri Dr Wan Azizah pun berpendirian yang sama.
Apa sebab Chua menjadikan isu sebagai pendiriannya dan MCA. Bagi saya, ada dua sebab.
Yang pertama Chua rasa pelik kerana sepanjang puluhan tahun bergaul dengan pemimpin Umno, samada pemimpin wanita atau isteri pemimpin Umno, dia tidak pernah melihat apa yang diperlihatkan oleh Normala.
Ini bagi saya kegagalan Umno kerana tidak memahamkan perkara ini kepada pemimpin bukan Islam yang bersama mereka. Saya tidak fikir wanita Umno tidak tahu dari segi hukumnya.
Yang kedua sikap Soi Lek sendiri yang tidak dapat membezakan mana yang dianggap bermoral dan mana yang tidak. Sebab itu, berlakun filem seks pada orang lain tidak bermoral tetapi bagi dia dan partinya MCA tidak ada apa-apa. Sebab itu dia terus menang menjadi presiden MCA.
Sepatutnya pemimpin Umno perlu ingatkan kawan mereka yang bukan Islam supaya hormati hak orang Islam sebagaimana orang Islam hormati hak orang bukan Islam. Kita tidak cemuh orang bukan Islam khususnya Cina yang makan babi misalnya kerana itu hak mereka dan banyak lagi contoh-contoh lain yang boleh
diambil.
Ia berbeza sekali dalam Pakatan Rakyat apabila pemimpin DAP dan pemimpin bukan Islam dalam PKR cuba memahami dan mendekati Islam. Ia diperlihatkan dengan baik dalam isu bukan Islam memasuki masjid, membaca al-Quran dan memberi salam.
Datuk Mustafa Ali
Setiausaha Agung PAS.
Anda pasti berminat Sila ke [ SINI ]