Grab the widget  IWeb Gator

Monday, January 24, 2011

Nah terbukti!! Siapakah penderhaka kepada Sultan sebenarnya?



Saya petik:
[KS] SHAH ALAM – Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) Selangor mengambil bahagian dalam sesi perbahasan draf pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 pada sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) yang djadual berlangsung hari ini.


Ketua Pembangkang negeri merangkap ADUN Seri Serdang, Datuk Dr. Mohamad Satim Diman (gambar kecil) akan mengetuai perbahasan itu.
Mohamad Satim berkata, wakil rakyat BN yang lain pula bertindak sebagai pembantu untuk berbahas dan menentang pindaan tersebut.

“Masing-masing telah diminta supaya aktif dalam menyuarakan pandangan kita sebagai BN kerana undang-undang yang sedia ada sebenarnya tiada cacat cela.
“Kita akan mempertikaikan kenapa perkara ini menjadi satu isu besar kerana daripada segi draf pindaan undang-undang yang dilihat, ia bukan mengembalikan kuasa Sultan cuma nak memberi kuasa nasihat kepada Menteri Besar dan bermakna dia lebih berkuasa daripada Sultan,” katanya di sini semalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular