Grab the widget  IWeb Gator

Friday, January 14, 2011

Meninggal Dunia Atas Nama Perjuangan Biar Pun Sepanjang Hidupnya Di Lalui Tanpa Pembelaan !!


Edisi Pahang: Blogger Pro UMNO BN “Yang Gambi” Meninggal Dunia Atas Nama Perjuangan Biar Pun Sepanjang Hidupnya Di Lalui Tanpa Pembelaan !!

KUANTAN, 13 Jan [4.35 pm] – Dunia media baru Pahang semalam kehilangan seorang pejuang siber pro-UMNO iaitu Blogger Yang Gambi (foto) atau nama sebenarnya Abdul Aziz Baharom. 
Beliau dipercayai menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.10 malam di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan akibat jangkitan kuman paru-paru. Beliau yang merupakan seorang blogger penyokong kuat Blogger Pembela Negara (BPN) pergi ke rahmatullah ketika berusia 56 tahun dan jenazahnya telah dikebumikan di kampung halaman beliau di Felda Keratong 2. 
Sebagai makluman Yang Gambi adalah blogger yang banyak membela kerajaan UMNO BN sejak sekian lama terutamanya dalam isu-isu yang membabitkan felda selama ini. 
Namun, ketika perjuangan beliau itu ada juga keluhan dan perasaan terkilan yang beliau ajukan akibat sikap Kerajaan Negeri Pahang pimpinan UMNO BN yang memandang sepi masalah kebajikan mereka selama ini. Perjuangan mereka seolah-olah langsung tidak dihargai, banyak janji-janji untuk membela mereka hanya sekadar omongan kosong belaka. Sedangkan, beliau banyak terlibat dalam agenda pertahankan UMNO BN di bumi Pahang sebenarnya.
[Pahang Daily Online mengucapkan salam takziah kepada keluarga allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Semangat perjuangan beliau yang cukup kuat dan kental itu, menyebabkan beliau sempat menulis artikel empat hari sebelum menghembuskan nafas terakhir. 
Artikel beliau yang bertajuk "Karpal Singh peguam dan juga saksi Anwar meliwat" itu menyentuh berkenaan Karpal Singh yang pernah mengeluarkan kenyataan di parlimen perihal dia mempunyai bukti kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Apapun kami menghormati pandangan dan perjuangan beliau biarkan dalam wadah yang berbeza. Amatlah rugi buat UMNO Pahang bila kehilangan seorang penulis siber sehebat Yang Gambi sebenarnya. Semoga keluarga arwah akan terbela biarpun dirinya sendiri tidak sempat untuk mendapat pembelaan sewajarnya oleh Kerajaan UMNO BN sebenarnya].
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular