BERITA 9
(Bukan setakat gaduh dan simbah asid, kes bunuh pun ada?..)
Terbaru di Kota Bharu hari ini, Ketua UMNO Cawangan Limau Manis, Datuk Azaha Abdul Rani, cedera parah disimbah asid oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di pekarangan rumahnya di Kampung Chekok, Panji, dekat sini awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, Azaha, 48, yang mengalami lecur di muka dan badan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan keadaannya dilaporkan stabil.
Semalam, Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban, Mohd. Noor Awang, 47, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan merasuah Ketua Cawangan UMNO Taman Zaiton Indah, Sikamat Rezwat Shahril Zainal Ariffin supaya mencalonkannya untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian Seremban.
Semalam juga menyaksikan kejadian pembunuhan Timbalan Ketua UMNO cawangan Bukit Merah, Taib Ali, 61, yang mati ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki bermotosikal di hadapan sekolah anaknya di Jalan Gunung Semanggol-Bukit Merah.
Bagaimanapun polis masih menyiasat motif pembunuhan itu.
Beberapa insiden pertelingkahan termasuk kejadian membaling kerusi dan penggunaan wang juga dilaporkan berlaku semasa mesyuarat cawangan baru-baru ini.
Banyak pihak percaya ia akan menjadi semakin hangat menjelang pemilihan peringkat bahagian bulan depan dan pusat Disember ini.
Sumber: Utusan Malaysia
BERITA 10
Gejala ugut-mengugut semakin menjadi-jadi
Mesyuarat perwakilan Pemuda Bhagian itu minggu lalu kecoh apabila perwakilan bertindak menandatangani memorandum membantah mesyuarat berkenaan yang didakwa tidak sah atas sebab-sebab teknikal.
Semalam sembilan ahli jawatankuasa Pemuda bahagian termasuk naib ketua Pemudanya, Mohd Shahruddin Mohd Jamal mengancam untuk meletakkan jawatan jika mesyuarat perwakilan itu tidak diadakan semula.
Norisham berkata, adalah amat penting untuk semua ahli Pemuda Umno bahagian terutama barisan anggota jawatankuasanya menerima keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Bantahan Perhubungan Umno Negeri Johor itu.
"Saya difahamkan ada ura-ura beberapa ahli jawatankuasa Pemuda Umno bahagian ini mahu meletakkan jawatan, tetapi sebagai ketua Pemuda Umno yang baru dipilih, saya mahu mereka menimbangkan semula keputusan berkenaan," katanya.
Sumber: Malaysiakini