Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, January 13, 2011

Kerajaan BN 'ragut' bantuan makanan tambahan murid miskin


WarkahDaily – Slogan Najib ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ sekadar manis di bibir semata-mata tapi perit di hati rakyat miskin di negara ini.

Syarikat kroni, projek tenat kroni, suntikan modal syarikat kroni terus menerus mendapat ‘simpati’ kerajaan 1Malaysia Najib. Segala bantuan telah diberikan kepada kroni-kroni dan syarikat-syarikat luar yang mahu bertapak di negara ini. Tapi rakyat sendiri yang hidup dalam kemiskinan tidak dihiraukan.

Bantuan tak seberapa yang sebelum ini diberikan kepada murid-murid kurang bernasib baik telah pun ‘diragut’ oleh kerajaan 1Malaysia Najib yang dikatakan mendahulukan rakyat.

Memang tidak patut bagi kerajaan yang diamanahkan menjaga kebajikan rakyat sendiri tapi ianya dinafikan kerana mahu menjaga tembolok sendiri. Sedikit makanan tambahan untuk murid sekolah pun mahu 'dikebas' BN. Dah pokai sangat dah ke?

Menurut laporan Harakahdaily, Tindakan Kementerian Pelajaran mengarahkan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk murid miskin dihentikan serta merta adalah suatu yang sangat mengecewakan.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan at-Tantawi berkata, malah ianya dilihat sangat bertentangan dengan slogan kerajaan Umno dan BN kononnya ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.

Ini, katanya merujuk kepada pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia [KPM] 29/12/2010 No: KP (Bkew/BT)1910/RMT/A5, Jld.5(97) yang mengarahkan agar RMT ditamatkan serta merta atau selewat-lewatnya semalam, 12 Januari.

“Ini dilihat akan memberi kesan kepada ribuan pelajar miskin yang berada di bawah Rancangan Makanan Tambahan tersebut,” ujarnya.

Beliau mempertikaikan langkah Kementerian Pelajaran itu kerana bukan sahaja menafikan hak pelajar miskin mendapat bantuan kerajaan tetapi juga akan menjejaskan tumpuan mereka kepada pelajaran dan sekaligus menjejaskan masa depan mereka.

Katanya, jika kerajaan boleh memberi pelbagai skim galakan kepada sektor-sektor lain serta peruntukan yang wajar kenapa kerajaan sanggup korbankan pelajar-pelajar miskin.

“Apakah kerajaan kini sedang kesempitan dana?

“Bukankah kerajaan telah menguar-uarkan kononnya negara mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik?” soalnya.

Justeru, tambahnya rakyat memerlukan penjelasan yang wajar daripada kerajaan berhubung perkara itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular