Pelbagai pihak kesal dengan sikap pihak Majlis Daerah Labis yang tidak profesyenal dan berat sebelah di dalam tindakan mereka mengarahkan bendera-bendera parti yang tidak bertanding diturunkan.
Arahan cuma dilakukan apabila wujudnya bendera-bendera DAP dan PKR dikibarkan, tetapi mereka berdiam diri apabila adanya bendera parti pihak kerajaan yang tidak bertanding dikibarkan.
Semalam berlaku satu kekecohan di antara petugas jentera parti Pakatan Rakyat semasa pegawai Penguatkuasa Majlis Daerah Labis hendak menurunkan bendera dan kain rentang parti yang tidak bertanding di dalam Pilihan Raya Kecil DUN Tenang di Pekan Labis,
"Majlis Daerah terang-terangan menunjukkan sikap mereka yang berat sebelah dan tidak profesyenal. Jika hendak kuatkuasakan arahan, pastikan mereka arahkan juga parti MCA dan MIC yang tidak bertanding supaya menurunkan bendera mereka," tempelak seorang petugas PR.
"Ini tidak, mereka hanya tumpukan kepada Pakatan Rakyat," tambahnya.
Tinjauan di beberapa lokasi di Labis menunjukkan memang terdapat bendera-bendera parti komponen Barisan Nasional yang dikibar tanpa diganggu oleh Majlis Daerah Labis.
Justeru itu tidak hairan Majlis Daerah Labis dikecam hebat apabila mereka cuba bertindak mengarahkan bendera parti komponen Pakatan Rakyat yang tidak bertanding supaya diturunkan./'GB