Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, January 9, 2011

Harga Minyak masak bakal naik 40 sen sekilogram?






Bekalan minyak masak habis

KUALA LUMPUR - Bekalan minyak masak di Lembah Klang dan beberapa negeri dilaporkan habis sejak seminggu lalu dengan ramai pengguna mengeluh kerana terpaksa mencari di banyak premis semata-mata untuk mendapatkan barangan keperluan itu.

Selain Kuala Lumpur, negeri lain yang terlibat ialah Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mendakwa ada pihak menyorok bekalan barangan itu selepas timbul spekulasi harga naik sebanyak 40 sen sekilogram.

Minyak masak adalah barangan terkawal dengan harganya ditetapkan RM3.30 sekilogram bagi sawit tulen, sawit campuran (RM3.60) dan kampit plastik (RM2.50).

"Jika spekulasi itu benar, ia akan menyusahkan pengguna yang kebanyakan menggunakan minyak masak setiap hari," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Hasil tinjauan Kosmo! semalam mendapati isu bekalan minyak masak menjadi rungutan ramai peruncit dan pengguna, malah Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) setakat ini sudah menerima 50 aduan mengenai isu tersebut.

Sementara Berita Harian Online 5 Januari 2011 melaporkan..
Kabinet putus tiada kenaikan harga minyak masak

PUTRAJAYA: Kabinet dalam mesyuarat mingguannya hari ini memutuskan tiada kenaikan harga minyak masak dan meminta orang ramai menghentikan segera pembelian panik.

Mengumumkan demikian di sini sebentar tadi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, juga menafikan dakwaan harga barangan itu akan naik sebelum perayaan Tahun Baru Cina ini.
Kalian percaya?..masihkah kalian ingat janji kerajaan tahun lepas (2010) bahawa minyak (RON95) tidak akan dinaikkan sehingga akhir tahun, namun kerajaan akhirnya mungkir janji??..boleh rujuk di SINI dan di SINI..

Apa pun, penulis minta kalian ingat tarikh dan janji kerajaan ini..jangan mudah tertipu dengan tawaran2 manis kerajaan 'Barang Naik' selepas ini, lebih2 lagi semasa kempen PRK Tenang akhir Januari ii..


Akhir kalam, dibawah terdapat satu artikel terbaru, kisah sebenar sebuah keluarga sederhana di Shah Alam berkaitan 'barang naik'..sila baca pada tajuk, "DUKACITA SEBUAH KELUARGA MISKIN: BAHASA DUKA YANG MENITISKAN AIR MATA!"...fikir2kan..wallahua'lam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular