Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, January 9, 2011

Ceramah Di Premis Persendirian,Perlu Permit ?


Eizat, salah seorang ahli Pemuda PAS Titiwangsa telah dikasari sehingga pakaian beliau koyak rabak

KL 9 Dis 11: Ceramah yang diadakan pada malam tadi tidak mendapat permit polis walaupun ceramah akan diadakan di kawasan premis persendirian dan tidak mengikut peraturan. Demikian alasan dari pihak pois.


Salah seorang polis yang mengetuai operasi itu, Azman pula mengatakan bahawa ceramah boleh diteruskan dengan syarat ia dibuat di dalam Pejabat Pusat Khidmat dan tidak boleh menggunakan pembesar suara kerana kononnya akan mengganggu orang lain.
Kerana itu, belum pun sempat Pentas Pemuda yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Titiwangsa bermula, lebih kurang 20 orang anggota polis terus menyerbu Pusat Khidmat Wakil Rakyat 

Titiwangsa kira-kira jam 7 malam tadi. Eizat, salah seorang ahli Pemuda PAS Titiwangsa telah dikasari sehingga pakaian beliau koyak rabak hanya kerana enggan memberikan kad pengenalan kepada pihak polis tanpa sebab. Beliau yang pada masa itu berseorangan, cuba melepaskan diri tetapi ditangkap dan dicekup dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi.
Walaubagaimanapun ceramah akhirnya dapat diteruskan seperti biasa selepas wakil peguam PAS, ZulHazmi berunding sendiri dengan OCPD Zulkarnain. Eizat juga akhirnya dibebaskan kira-kira jam 9 malam dan ketibaan beliau dengan baju yang koyak rabak di sambut dengan laungan takbir oleh pemuda-pemuda PAS.

Antara pemidato yang memberikan ceramah pada malam tersebut dengan tema Masa Untuk Berubah ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi, Ahli Parlimen padang Terap, Ustaz Nasir Zakaria, Ustaz Firdaus Jaafar (MP Jerai) dan Suhaizan Kaiat. Suhaizan dalam ceramah beliau juga turut menegaskan bahawa ceramah pada malam itu sah dan tidak perlu mendapatkan permit polis kerana diadakan di dalam kawasan premis persendirian.
"Kalau ini pun tak boleh, masjid pun tak bolehlah azan, tak bolehlah solat berjemaah sebab tak dapat permit," seloroh beliau.

Eizat dan Pemuda PAS Titiwangsa juga dijangka akan membuat laporan polis di atas tindakan polis yang tidak bertamadun tersbut. "Polis sudah melampau, sepatutnya kejadian seperti ini tidak akan berlaku sekiranya polis bertindak profesional," kata Suhaimi, Ketua Dewan Pemuda PAS Titiwangssa. (Sumber harakahdaily)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular