Grab the widget  IWeb Gator

Friday, January 14, 2011

BETINA mati dilanggar lori??



Tumbangnya seekor gajah betina.Pix:DJdolasoh/nst

SEEKOR gajah betina yang melintas jalan berkumpulan bersama dua gajah lain, terbunuh apabila dilanggar sebuah lori membawa simen di KM32, Lebuhraya Timur Barat, berdekatan Tasik Banding, Grik awal pagi semalam.


Dalam kejadian jam 1 pagi itu, gajah berkenaan dikatakan berjalan berkumpulan melintasi jalan itu untuk ke hutan berdekatan. Pemandu lori berkenaan berusaha membiarkan kumpukan gajah itu melepasi jalan, tetapi tidak menyedari gajah terakhir sebelum melanggarnya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Grik, DSP Wan Jamil Wan Chik berkata, ketika kejadian kabus amat tebal manakala jalan berkenaan mempunyai selekoh mengakibatkan ia mengganggu pemandangan pemandu lori simen itu.

Menurutnya ini adalah kejadian pertama gajah terbunuh bertembung dengan kenderaan berat di lebuhraya itu. Berikutan itu, beliau menasihatkan pemandu kenderaan terutama pada sebelah malam berhati-hati ketika berada di kawasan berkenaan.

Pemandu lori berusia 32 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan, tetapi bahagian depan kenderaan berat itu rosak teruk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular