Grab the widget  IWeb Gator

Friday, January 14, 2011

GPMS Pahang Semakin Tersasar Dari Hala Tuju Dan Landasannya, Lebih Banyak Bela Politik UMNO Dari Berjuang Untuk Kepentingan Pelajar


Bila diperkatakan bahawa Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) itu “tali barut UMNO”, maka ramai pemimpin gerakan terbabit marah-marah dan tidak berpuasa hati dengan tuduhan tersebut. 

Malah ada pula yang mencaci kononnya pihak-pihak berkenaan menabur fitnah kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang kononnya ditubuhkan untuk membela pelajar Melayu itu. Bagi mereka, fitnah yang ditaburkan harus dihentikan dan tidak wajar dibiarkan begitu sahaja. 
Begitulah “sandiwara” yang dilakonkan oleh beberapa orang pemimpin tegar GPMS, terutamanya di negeri Pahang Darul Makmur ini. Halatuju sebenar perjuangan mereka kini jauh tersasar daripada apa yang diharapkan oleh rakyat. Nama “Melayu” pada GPMS harus ditukarkan kepada “Melayu UMNO”, maknanya GPMS harus dikenali sebagai GPMUS iaitu Gabungan Pelajar Melayu UMNO Semenanjung. 
Hakikat perlu ditelan, biarpun dinafikan nama gerak kerja dan tingkah laku mereka lebih menjurus kepada NGO yang membawa agenda politik UMNO sebenarnya. Malah, di Pahang kebanyakkan mereka yang berada dalam GPMS negeri ini adalah terdiri daripada pemimpin UMNO. Jika dulu Presiden GPMS itu sendiri adalah Suhaimi Ibrahim yang pernah menjadi ADUN Benta. 
Kini ramai pemimpin UMNO berada dalam NGO terbabit antaranya Mustafa Long (Pegawai Khas MB), Dato’ Shafri Aziz (Exco Kerajaan Negeri), Norul Azali (ADUN Guai), Shahril Abdullah dan ramai lagi. Pendekata, GPMS sudah di UMNOkan biar pun dinafikan oleh mereka yang terbabit.
Mustafa Long (bulatan) bersama pemimpin tertinggi GPMS Pahang
Maka itu, tidak hairanlah GPMS Pahang lebih berselera untuk memperjuangkan politik UMNO daripada memikirkan masa depan pelajar Melayu itu sendiri. 
Di Pahang misalnya, mereka terlupa masalah gejala sosial dikalangan pelajar IPT yang semakin meningkat, masalah graduan mengganggur yang semakin membimbangkan juga isu pemotongan 10% peruntukkan Kerajaan Negeri Pahang kepada Sekolah Agama rakyat (SAR). 
Semua ini mereka pejamkan mata, tetapi lebih seronok mengatur agenda bagaimana untuk mengUMNOkan rakyat dengan berbagai program yang diadakan oleh mereka. Lantaran itulah, kita tidak hairan GPMS itu sendiri kini diwakili oleh beberapa orang pemimpin Biro Tata Negara (BTN) seperti Kamali Fauzi Abd Rashid (BTN Pahang) dan Ali Abd Razak (BTN Putrajaya). 
Semua ini adalah agenda yang dilakukan oleh UMNO atas nama pelajar Melayu Semenanjung. Sebab itulah kita tidak hairan mutakhir ini GPMS Pahang lebih berselera mengadakan protes dan demontrasi berkenaan isu-isu yang berpihak kepada UMNO seperti isu Nameewee dan terbaru demo “ketuanan Melayu” yang diadakan di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I.
GPMS Di Lihat Lebih Banyak Bela Politik UMNO
Sangkaan kita, setakat itu sahaja mereka terlibat dengan perjuangan UMNO, namun rupanya pada 8 Januari 2011 yang lalu GPMS Pahang sekali lagi terlibat dengan program sembang belia dan daftar pemilih di Dewan Pusat Latihan Kemas di Kuantan. Program yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Adnan Yaakob itu jelas sekali bertujuan untuk membantu UMNO menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. 
Soalnya sekarang, kenapa begini jadinya GPMS?. Mereka tidak dilihat terlibat dalam demo PPSMI bagi membantah pembelajaran Bahasa Inggeris untuk matapelajaran Matematik dan Sains dulu. Mereka langsung tidak hadi membela pelajar Melayu sedangkan merekalah yang sepatutnya ke depan dalam isu tersebut.
 Begitu juga dalam isu pelajar cemerlang SPM bangsa Melayu yang gagal mendapat tempat di IPT dan bantuan biasiswa ole kerajaan. GPMS juga gagal bertindak, sebaliknya PERKASA yang dipimpin oleh Ibrahim Ali lebih terkedepan dalam isu tersebut. Makanya, apakah motifnya GPMS itu?. Siapa yang mahu dibela oleh mereka? Politik UMNO atau Pelajar Melayu Semenanjung itu agaknya?.
[Semoga teguran ini dapat menyedarkan pemimpin Melayu dalan GPMS agar kembali kepada landasan asal perjuangan mereka. Jika tidak, lebih baik dibubarkan sahaja GPMS atau diwujudkan Gabungan Pelajar Melayu UMNO Semenanjung seperti yang kami sarankan ini. 
Jika terus kekal seperti sekarang, makanya bagaimanakah para pelajar yang terdiri daripada anak-anak orang Melayu pelbagai fahaman politik boleh menerimanya. Sebab itulah, kita lihat GPMS lebih berselera membantu pelajar Melayu UMNO daripada pelajar Melayu itu sendiri. 
Apatah lagi pelajar Melayu anak-anak orang PAS, PKR dan sebagainya. Apakah ini maknanya mereka jujur dalam perjuangan membela pelajar terbabit. Justeru itulah kita tidak hairan GPMS dijadikan landasan politik oleh beberapa kerat pemimpin pelajar demi masa depan mereka dalam UMNO. 
Berapa kerat sangat pemimpin GPMS yang akan kembali berjuang bersama rakyat agaknya. Apa yang kita tahu di Pahang hanyalah YB Azan Ismail (foto), Ahli Parlimen Indera Mahkota yang khabarnya pernah menjadi pemimpin GPMS Pahang dulu. Beliau sahaja yang dilihat lebih jujur untuk meneruskan perjuangannya!].
by pemudasarawak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular