Grab the widget  IWeb Gator

Monday, January 24, 2011

Berlapang Dada Terima Teguran. Tahniah Nizar Jamaluddin!!

PAS tegur Nizar, boleh terus beri ceramah di Tenang

PAS mempertahankan menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang sebelum ini didakwa telah mengeluarkan “fatwa” baru dalam satu ceramah menjelang pilihan raya kecil DUN Tenang di sini, minggu lalu.

Bagaimanapun, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, beliau telah menegur Nizar kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya ketika berceramah.
“Bagi saya itu biasa bagi mana-mana penceramah yang terlepas cakap, itu tidak bermakna kita akan halang beliau (Nizar) daripada memberikan ceramah di sini (Tenang).

“Bagaimanapun apa yang beliau cakap kita dah sedia maklum dan kita harap ia tidak berulang lagi.

“Saya juga dah menghubungi beliau tentang perkara itu,” kata beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS bagi pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang ketika ditemui The Malaysian Insider hari ini.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, Nizar adalah seorang individu yang bersemangat terutamanya ketika memberikan ceramah.

“Beliau sangat bersemangat ketika berkempen khasnya kepada pengundi Cina dan India,” katanya.

Nizar dalam kempen ceramahnya di Kampung Ayer Panas di sini mengatakan mengundi untuk calon Umno-BN adalah haram di sisi agama, sebaliknya wajib menyokong calon PAS, Normala Sudirman.

Beliau berkata, pengundi Islam adalah wajib di sisi agama untuk menyokong calon PAS.

Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala Barisan Nasional (BN) pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim.

Normala, seorang bekas guru juga merupakan Exco Dewan Muslimat PAS pusat.

Dalam ulasan kepada The Malaysian Insider semalam, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan tindakan Nizar itu bertentangan dengan ajaran Islam.

Beliau juga menggesa mana-mana parti politik supaya tidak menggunakan agama dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang.

“Jadi jangan gunakan agama sewenang-wenangnya, jangan kerana politik agama dipolitikkan,” katanya.

Kempen pilihan raya kecil ke-14 ini masuk hari ketiga hari ini.

Pengundian akan diadakan Ahad ini.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lalu.

Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi pada pilihan raya umum 2008.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular