from BIJAN by NoToBn
cakap berbelit belit layak jadi Menteri BN..dah kata kerja perparitan urusan K`jaan Negeri..Tapi di dun Pengkalan Pasir macam mana k`jaan BN boleh buat..tanpa sokonga K`jaan Negeri..10 juta habis ,,tapi masaalah banjir tak seteruk mana..kalau cam itu masih lagi banjir le....ha ha ha...patutu katak suka sgt...apa punya menteri bongok le...cakap lidah bercabang-cabang...
Mustapa Selar Kerajaan Kelantan Gagal Tangani Masalah Banjir
KOTA BAHARU: Kerajaan negeri Kelantan gagal menangani masalah banjir kilat di negeri itu yang berpunca daripada sistem peparitan yang tidak sempurna, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.Mustapa Selar Kerajaan Kelantan Gagal Tangani Masalah Banjir
Katanya kerajaan negeri pimpinan PAS perlu bertindak segera menangani masalah itu kerana ia telah membebankan ribuan penduduk negeri itu sekian lama.
"Isu utamanya di sini adalah sistem perparitan yang gagal dilakukan di kawasan perumahan seperti ini dan ini merupakan kelemahan yang sangat ketara kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di taman perumahan Thirteen Avenue Garden, Kubang Kerian, di sini, Sabtu.
Lebih 70 keluarga tamah perumahan dan penduduk sekitar kawasan itu terjejas dengan banjir yang melanda kawasan itu sejak empat hari lepas.
Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, sejak Barisan Nasional (BN) menguasai DUN Pengkalan Pasir, kerajaan Pusat telah membelanjakan kira-kira RM10 juta untuk membina sistem perparitan yang lebih sempurna di situ.
"Kini di Pasir Mas masalah banjir tidak seteruk sebelumnya dan kita berharap rakyat Kelantan perlu membuat keputusan terbaik untuk mereka selepas ini," katanya.
(ha h aha kempen awal sangat si pa ini..ha ha ha..jgn jgn lepas ini simustapha pun bungkus apa..?)
Beliau berkata rakyat Kelantan perlu faham masalah membina sistem perparitan itu terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri dan bukannya kerajaan Pusat.
Sementara itu wakil penduduk, Muhd Rusli Salleh, 42, berkata penduduk di situ telah lebih lima tahun mengalami banjir pada setiap musim tengkujuh yang kadangkala berlarutan sehingga dua minggu.
"Ini semua kerana tidak ada parit yang kadang kala kami kena berpindah tiga atau empat kali setahun kerana banjir dan saya minta sangat pihak berwajib bantulah penduduk.
"Apa yang kami kesal wakil rakyat PAS kawasan ini dan wakil kerajaan negeri tidak datang pun menjenguk masalah kami dan rayuan kami terhadap Jabatan Pengairan dan Saliran serta Majlis Perbandaran Kota Baharu tidak diendah langsung," katanya.-BERNAMa
kalau betul ada penduduk Muhd Rsuli salleh terlibat sama....ha ha ha..RM 1500 cancel..padan muka seekor itu..