Grab the widget  IWeb Gator

Monday, December 27, 2010

Respons N. Surendran Terhadap Kenyataan N. Gobalakrishnan

Saya merujuk kepada kenyataan melalui media dan lama Twitter oleh Ahli Parlimen Padang Serai, YB N. Gobalakrishnan yang telah dilapor media mutakhir ini. KEADILAN selaku parti yang demokratik dengan tegas mempercayai kebebasan bersuara dan diskusi terbuka mengenai isu ataupun dasar di kalangan ahli akar umbi dan juga massa umumnya. Walau bagaimanapun, kami kecewa dengan kenyataan terkini oleh YB Gobalakrishnan yang tidak wajar, tidak produktif dan tidak berasas secara keseluruhannya.

Kritikan ke atas pemilihan parti sebelum telahpun diperjelas dan diterangkan oleh KEADILAN melalui pelbagai majlis dan saluran. Memadai dikatakan bahawa Pemilihan Terus ini unik dan memperkasakan amalan demokratik tulen yang nyata menguntungkan ahli dan rakyat. Parti ini diasaskan berdasarkan kepelbagaian kaum dan Pemilihan dan pelantikan pimpinan baru jelas memperlihatkan prinsip tersebut. Dalam apa jua keadaan, pertimbangan utama haruslah berasaskan keupayaan mereka yang dilantik untuk berkhidmat kepada rakyat.
YB Gobalakrishnan juga telah menghambur kritikan yang kabur serta tidak berasas kepada beberapa individu di dalam parti. Di saat KEADILAN mengalu-alukan sebarang diskusi yang konkrit dan menguntungkan, kita juga tidak bertoleransi ke atas serangan tidak berasas kepada kepimpinan parti.
Saya menyeru kepada YB Gobalakrishnan untuk menghentikan segala serangan tidak berasas kepada parti pada kadar segera. Jika tidak, kita tidak boleh menolak kemungkinan rakyat mengandaikan tindakan beliau itu adalah semata-mata untuk memprovok parti agar tindakan disiplin diambil ke atas beliau berikutan matlamat beliau untuk mendatangkan bahana kepada parti sebelum meninggalkannya.
N SURENDRAN
NAIB PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT

===
N. Surendran’s Response to N. Gobalakrishnan’s Statement
I refer to the tweets and statements made by KEADILAN Padang Serai MP N.Gobalakrishnan which was reported in the media recently. KEADILAN is a democratic party which firmly believes in free speech and open discussion of issues and policies among its members and the wider public. However we regret the recent statements by Mr.Gobalakrishnan which are unnecessary, unproductive and totally baseless.
The criticism of the recently concluded party elections has been extensively responded to and explained by KEADILAN on various occasions. Suffice it say that the direct elections were a unique,empowering and bold democratic exercise which was to the benefit of the people. The party is founded on a multi-racial basis and the election as well as appointment of new leaders reflect that principle. At all times the prime consideration has been the ability of those appointed to serve the public.
Mr. Gobalakrishnan also makes vague and unfounded criticisms of individual party leaders. While KEADILAN welcomes concrete and beneficial discussions, we are unable to pay any consideration to groundless rants against party personalities.
I call upon Mr Gobalakakrishnan to cease these baseless attacks on the party immediately. If not, it would be natural for any observer to conclude that he is simply intent on provoking disciplinary action from the party and that his intentions are simply to attempt to harm the party before leaving it.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular