Salam kepada pengarang,
Saya terpanggil untuk menceritakan sesuatu pada Harakahdaily disebabkan saya sudah tidak tahan dengan situasi permainan politik kotor oleh kerajaan kini. Saya ingin berkongsi sedikit berkenaan aktiviti Operasi Khidmat Masyarakat atau lebih dikenali sebagai OPKIM.
Aktiviti OPKIM di UiTM sebenarnya bertujuan untuk melaksanakan tanggungjawab sosial mahasiswa untuk melakukan kebajikan terhadap masyarakat setempat tanpa mengira agma, bangsa mahupun fahaman politik.
Malangnya, para mahasiswa UiTM ini diperalatkan bagi tujuan kemasyarakat terhadap puak UMNO. Semua kawasan DUN UMNO menjadi medan mahasiswa UiTM ini diperbodohkan. Mereka turut dipanggil untuk menyertai beberapa mesyuarat bahagian puak UMNO ini.
Saya tiada bukti bertulis mengenai arahan daripada mana-mana pihak yang mengarahkan para mahasiswa ini ke mesyuarat tersebut. Tetapi saya ada saksi-saksi iaitu para mahasiswa khususnya. Meraka mempergunakan para mahasiswa ini atas tujuan politik semata-mata.
Ceramah juga diberikan dalam slot program OPKIM ini. Antara kandunganya ada memburukkan Pakatan Rakyat khususnya DSAI. Saya harap saudara pengarang dapat mencari bahan untuk menjadi bukti kukuh diatas segala penerangan saya ini.
Diharap sedikit sebanyak info ini dapat memberi satu bahan berita yang baru. Disini ada beberapa gambar yang dapat disaksikan kelibat bendera dan logo UMNO pada aktiviti OPKIM tersebut.
Untuk pengetahuan pengarang para mahasiswa UiTM sering diberi penerangan negatif terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat antaranya program Biro Tatanegara (BTN). BTN juga diwajibkan kepada semua mahasiswa sebagai syarat wajib untuk graduasi apabila tamat belajar.
yang benar.
Mahasiswa Teraniaya
Harakah Daily