Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, February 1, 2011

Saiful Bukhari dimakan sumpah tidak benar



Portal Malaysiakini melaporkan bahawa Laman web Pahang Daily Online bertindak menarik balik enam tulisan berhubung dakwaan penyakit kelamin dialami Mohd Saiful Bukhari Azlan – saksi utama dalam kes liwat melibatkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Langkah itu diumumkan melalui satu tulisan yang disiarkan semalam di laman berkenaan.

Enam tulisan yang disiarkan lebih dua tahun lalu itu adalah berhubung dakwaan Mohd Saiful Bukhari (kiri) mengalami masalah kesihatan akibat terkenasumpah laknatnya pada Ogos 2008.

Mohd Saiful Bukhari membuat sumpah laknat itu susulan kepada tindakannya tampil membuat dakwaan bahawa beliau diliwat Anwar, dua bulan sebelumnya.

Satu tulisan pada September 2008 di laman itu antara lainnya menyebut, "maklumat terkini diterima mengatakan beliau kini menderita penyakit kelamin atau lebih spesifik lagi 'kemaluannya bernanah' dan beliau tidak dapat "membuang air kecil" seperti dulu lagi."

Menurut satu lagi tulisan di Pahang Daily Online semalam, tindakan menarik balik tulisan itu dilakukan setelah memastikan bahawa laporan berhubung "penyakit misteri" dialami Mohd Saiful Bukhari itu "tidak benar sama sekali."

"Sebagai sebuah blog panas dan sensasi, ada kalanya artikel yang dihantar oleh orang awam dan krew-krew kami dari seluruh negara tidak ditapis dengan sebaik mungkin menyebabkan laporannya terkadang terbabas dari etika penyiaran yang sebenarnya.

"Justeru, kami memohon maaf kepada individu terbabit iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan serta keluarganya dan seluruh rakyat Malaysia atas kesilapan yang berlaku itu.

"Biarpun kami tahu atas penarikan balik artikel tersebut mungkin boleh menjejaskan kredibiliti blog ini, namun demi kebenaran maka kami terpaksa melakukannya," tulisan itu dipetik.

Laman itu juga menjelaskan, satu penyiasatan telah dijalankan untuk mengenalpasti kesahihan dakwaan seperti yang disiarkan itu.

"Selepas lebih dua tahun menghantar krew kami untuk menyiasat kesahihan artikel tentang penyakit misteri Saiful berkenaan, ternyata laporan tersebut adalah tidak benar sama sekali.

"Malah, kami cuba menghubungi pihak yang menghantar email artikel berkenaan namun tetap tidak mendapat jawapan yang sepatutnya.

"Malah, melalui beberapa orang saudara mara dan sahabat terdekat Saifulyang ditemui ternyata laporan tentang penyakit misteri beliau yang disiarkan di laman blog ini dua tahun lepas adalah tidak benar sama sekali," menurut tulisan itu lagi.

Editor laman berkenaan sebelum ini disiasat polis pada Mac 2009, susulan satu laporan polis oleh Mohd Saiful Bukhari.

Mohd Saiful Bukhari seterusnya mengemukakan saman ke atas laman berkenaan pada April 2009. [Malaysiakini

ReJaM© "Dah buat silap mengaku dan minta maaf, eloklah tu..."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular