Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, February 1, 2011

Kes Teoh: Keputusan Peguam Negara Cetus Kekeliruan



Encik Gobind Singh Deo, yang selama ini mewakili keluarga mendiang Teoh, mempersoalkan motif Peguam Negara Malaysia, Tan Sri Abdul Gani Patail, menggesa diadakan semakan kehakiman terhadap keputusan koroner berhubung kematian pembantu exco Selangor itu, walaupun satu suruhanjaya siasatan diraja (RCI) telah diumumkan dan dibentuk bagi menyiasat kes yang sama.

Mahkamah Tinggi semalam menetapkan 17 Februari ini bagi sebutan permohonan semakan kehakiman yang difailkan Tan Sri Abdul Gani itu.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki memutuskan demikian selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak dan beliau hanya membenarkan pihak pendakwaan dan keluarga Teoh sahaja berhujah berkaitan permohonan itu.

Pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Kerajaan Negeri Selangor dan Badan Peguam dibenarkan bertindak sebagai pemerhati sahaja.

'Apakah RCI dibenarkan mengambil pendirian berbeza dalam Mahkamah Tinggi?' kata Encik Gobind pada satu sidang akhbar semalam.

'Kita tidak boleh mempunyai dapatan berasingan dalam semakan RCI dan Mahkamah Tinggi,' kata beliau sambil menggesa peguam negara menarik balik permohonannya dan meneruskan prosiding RCI bagi mengelakkan kekeliruan.

Peguam kanan kerajaan Malaysia, Encik Dzulkifli Ahmad, awal dari ini berkata dalam mahkamah bahawa beliau telah menerima arahan daripada peguam negara itu agar meneruskan permohonan semakan itu di Mahkamah Tinggi, di sini.

Ini walaupun RCI telah diberikan skop lebih luas bagi menyiasat suasana kontroversial berkaitan kematian Encik Teoh yang dikatakan jatuh daripada bangunan kompleks yang menempatkan ibu pejabat SPRM dua tahun lalu.

Encik Dzulkifli memberitahu wartawan bahawa ia disebabkan peguam negara telah memfailkan semakan terhadap keputusan kehakiman terbuka di Mahkamah Tinggi sebelum RCI dibentuk dan skopnya diluaskan.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada mulanya mengumumkan bahawa RCI akan hanya menyiasat prosedur SPRM atas dakwaan melanggar hak asasi tetapi kemudian mengalah kepada tekanan awam untuk turut menyiasat kematian mendiang Teoh. -- Agensi.  by greenboc
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular