Calon wanita yang berumur 38 tahun itu ialah bekas seorang guru pendidikan khas khabarnya telahpun meletakkan jawatan 24 jam sbg guru baru2 ini (dipercayai sbg persediaan untuk menjadi calon di DUN Tenang).Dari Facebook PRK DUN Tenang
"Kami akan boikot kalau Lindalah calonnya"...
Itulah yg hangat diperkatakan oleh Wanita UMNO Labis yg dikatakan akan memboikot calon Dun Tenang sekiranya Haslinda (39) sebagai calon. Menurut sumber, Ini kerana Haslinda dikatakan bukan anak tempatan kerana dia berasal dari Chaah. Dulu dia adalah Ketua Puteri UMNO Labis, namun atas faktor usia, dia terpaksa meninggalkan Puteri UMNO itu dan menyertai Wanita UMNO.
Beliau dikatakan hadir dalam Wanita UMNO dgn tidak disenangi oleh ramai pergerakan wanita itu kerana baru sahaja menyertai Wanita UMNO, beliau sudah bertanding merebut jawatan Ketua Wanita UMNO. "Masuk dalam Wanita pun, semata2 mahukan jawatan". - menurut sumber itu lagi.
"Pada pucuk pimpinan, kalau nak letakkan dia calon, sedialah hadapi undi protes kami nanti." kata ahli Wanita UMNO itu sendiri....Dari Facebook PRK DUN Tenang

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 9 Jan: Besar Kemungkinan pertembungan antara wanita berlaku di Tenang apabila BN dikatakan akan mengemukakan calon wanita manakala PAS juga mempertimbangkan dua calon iaitu seorang lelaki dan seorang wanita.
"Mesyuarat hari ini telah membuat keputusan calon yang akan mewakili PAS tetapi ianya hanya akan diumumkan 16 Januari ini di Tenang," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Katanya, mesyuarat telah memilih salah seorang dari dua calon yang telah disenarai pendek oleh PAS Johor iaitu seorang dari Pemuda dan seorang lagi dari Muslimat PAS.
PAS hari ini mengadakan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut. Ini adalah mesyuarat pertama yang diadakan disitu selepas bangunan itu mengalami kebakaran kecil hujung tahun lalu.
Antara agenda mesyuarat hari ini adalah mempertimbangkan calon untuk pilihan raya kecil Tenang bagi mewakili Pakatan Rakyat.
Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat 19 Disember lalu di Pulau Pinang telah memutuskan calon PAS akan mewakili Pakatan rakyat dalam pilihan raya kecil ini.
Menurut sumber media, BN akan meletak calon wanita dalam pilihan raya kecil ini. Ia dikaitkan dengan lobi MCA. Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek adalah bekas anggota Parlimen Labis manakala dalam pilihan raya umum lalu anak beliau menjadi calon BN dan menang.
PAS Johor pula telah menghantar dua calon, seorang lelaki dan seorang wanita untuk dipilih oleh pucuk pimpinan PAS dalam mesyuarat hari ini.
Sebelum ini, lima nama disebut-sebut untuk dipilih sebagai calon PAS.
"Kita telah pilih salah seorang dari dua calon yang dikemukakan oleh PAS Johor itu," kata Mustafa kepada Harakahdaily hari ini.
PAS dijangka akan memaklumkan keputusan ini kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat dalam pertemuan menjelang ceramah dan solat hajat di Stadium Melawati malam ini.