JERLUN - UMNO Kedah bakal memberi kejutan kepada rakyat, terutama golongan muda berdasarkan pendekatan yang digunakan dengan menilai kepada minat dan kecenderungan mereka.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, perkara itu sudah dibincangkan dengan Pengerusinya, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah baru-baru ini.
“Selepas ini, rakyat hanya perlu menunggu dan melihat apa yang bakal dilakukan sebagai kejutan,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang di sini, semalam.

Bagaimanapun, dari segi pendekatan untuk golongan muda, UMNO akan melakukan sesuatu yang sedikit berbeza berbanding sebelum ini.
“Kita akan melakukan perubahan iaitu di luar kotak pemikiran yang pernah dilakukan sebelum ini untuk menarik minat lebih ramai golongan muda.
“Antaranya memfokuskan kepada kecenderungan dan minat mereka seperti isu perumahan, pekerjaan, aktiviti sosial, sukan dan rekreasi,” katanya.
Menurutnya, golongan muda perlu diberi perhatian sewajarnya dan yakin perubahan itu dapat dilaksanakan dengan baik sekiranya dapat memberi tumpuan yang khusus kepada perubahan berkenaan.
Sementara itu, mengenai senarai ahli jawatankuasa Perhubungan UMNO Kedah, Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata penilaian sedang dilakukan dengan mengambil kira kelayakan dan kemampuan setiap individu untuk menggalas tanggungjawab sama-sama menerajui UMNO negeri itu.
“Kita perlu menganggap bahawa bahang pilihan raya semakin dekat dan wajar bergerak seolah-olah Parlimen akan dibubar pada bila-bila masa sahaja,” katanya. - KedahLanie