Tahniah diucapkan kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya kerana mengeluarkan garis panduan baru yang melarang individu yang beragama Islam daripada bekerja di premis-premis yang ada menjual arak.
Mana-mana syarikat yang gagal mematuhi syarat itu akan dikompaun atau menghadapi kemungkinan lesen mereka ditarik balik
Sepatutnya perkara ini sudah dilaksanakan sejak dahulu lagi, kerana sudah jelasAllah mengutuk semua golongan yang terlibat dengan arak baik secara langsung mahupun tidak langsung. Apapun tahniah di atas usaha ini.
Apa yang menariknya sekiranya garis panduan baru melarang orang Islam bekerja di premis-premis yang menjual arak ini berjalan dengan lancar, maka sebilangan besar pusat-pusat hiburan, disko dan premis-premis yang ada menjual arak akan menjadi lumpuh dan terpaksa memberhentikan perniagaan.
Ini berikutan sebilangan besar pekerja premis-premis dan pusat hiburan ini menggunakan tenaga orang Islam. Tahniah, usaha ini bagaikan serampang dua mata, usaha ini bukan sahaja menyelamatkan orang Islam daripada dosa besar, malah berjaya menghapuskan pusat-pusat hiburan secara tak langsung.
Sama-sama kita doakan agar Allah permudahkan tugas-tugas pejuang Agama Allah ini. Dengan izin Allah, moga Negeri Selangor bebas dari tempat maksiat.
ReJaM© "Setelah 50 tahun terpalit taik, kini masa untuk pembersihan berperingkat dimulakan"