Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, January 13, 2011

Noh Omar dinasihat baca sejarah Umno


SHAH ALAM 13 Jan - Datuk Seri Noh Omar dinasihatkan membaca sejarah Umno yang mengaibkan Institusi Raja-raja sebelum menuding jari kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai derhaka kerana tidak bersetuju dengan perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru, ujar Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abd Hamid.


Dalam kenyataan tersebut Timbalan Pengerusi Umno Selangor itu, mengesa Tan Sri Khalid supaya akur akur dan menghormati perlembagaan negeri sedia ada, kalau beliau tidak dapat menerima pelantikan tersebut maka beliau tidak menghormati perlembagaan dan menderhaka kepada Sultan.

Beliau juga didakwa meminta Pakatan Rakyat  (Pakatan) membuktikan penderhakaan Umno kepada Institusi Diraja.

Tambah Abdullah Sani, penderhakaan Umno sudah tidak menjadi rahsia lagi. Paling mudah kita lihat jika Umno tidak bersetuju dengan cadangan pindaan kali ini, dia adalah sebenarnya pengkhianat kepada bangsa dia (Noh Omar) sendiri, pengkhianat ketuanan Melayu yang diwakili oleh sultan.

“Jadi kalau dia sendiri tidak meredhai pindaan ini, maka terang-terang bahawa mereka ini pengkhianat sebenar Melayu dan untuk mengatakan yang mereka pejuang Melayu itu semua karut,” katanya.

Abdullah Sani juga menegaskan bahawa Umno sekarang bukan lagi memperjuangkan hak orang Melayu tetapi sebaliknya menidakkan kuasa Sultan dalam soal perlantikan tiga jawatan tertinggi pentadbiran negeri Selangor.

“Apakah Umno ini mewakili Melayu? kalau ia mewakili Melayu, sudah tentu dia menyokong pindaan ini tapi kalau dia tak merestui pindaan ini maka mereka ini adalah pengkhianat Melayu,” jelasnya
.
Sebelum ini, Kerajaan Negeri Selangor mahu meminda perlembagaan negeri ekoran pelantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada 27 Disember lalu.

Perlantikan ini tidak dirunding dan dimaklumkan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular