Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, January 13, 2011

MPSJ larang umat Islam bekerja di tempat menjual minuman keras


Gambar sekadar Hiasan..

SHAH ALAM, 13 Jan – Pengambilan pekerja beragama Islam di premis-premis yang menyediakan minuman keras, bertentangan dan melanggar Seksyen 18 (2), Enakmen Jenayah Syariah.

Syarat terbaru yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) itu, disertakan sebelum lesen perniagaan dikeluarkan, menimbulkan reaksi pelbagai pihak.

Menurut pegawai, Jabatan Perhubungan Awam MPSJ, Azfarizal Abd Rashid syarat itu dibentangkan tahun lalu atas ‘inisiatif sendiri majlis itu demi menuju kebaikan’.

Mana-mana syarikat yang gagal mematuhi syarat itu akan dikompaun atau menghadapi kemungkinan lesen mereka ditarik balik, katanya seperti yang dilapor Malaysiakini

Namun, garis panduan itu mendapat bantahan daripada sebahagian besar daripada pengusaha sektor hiburan di Subang kerana sebahagaian besar tenaga kerja mereka adalah orang Isdlam.

Seorang pegawai kanan di sebuah pub, @live, di Sunway Pyramid, yang hanya mahu dikenali sebagai Johari mendakwa, 50 peratus pusat hiburan di Subang akan ditutup jika pihak berkuasa benar-benar bertindak.

“Majoriti kakitangan kami adalah pekerja tempatan beragama Islam, dan ini adalah sesuatu yang biasa dalam industri ini,” kata Johari yang mempunyai pengalaman 10 tahun dalam bidang berkenaan.

Beliau berpendapat, pihak berkuasa sengaja mensasarkan sektor hiburan, sedangkan pusat-pusat industri yang lebih besar tidak tertakluk mematuhi garis panduan yang sama.

“Jika mereka ingin mengharamkan pekerja Islam (daripada bekerja di tempat yang menyediakan alkohol), bagaimana pula dengan orang Islam yang bekerja di Guinness Anchor dan Carlsberg?

“Bagaimana pula dengan pramugari MAS (Penerbangan Malaysia)? Mereka menghidangkan lebih banyak minuman keras daripada apa yang kami hidangkan di sini,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular