Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, January 25, 2011

Melayu Singapore Sokong PAP.Kenapa PAS Tidak Boleh Kerjasama dengan DAP?


Singapura adalah kubu kuat UMNO sebelum UMNO menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew. Rata-rata orang Melayu Singapura menjadi penyokong UMNO pada waktu itu sehingga melahirkan kepimpinan2 UMNO seperti Syed Jaafar Albar (yang mendapat gelaran Singa UMNO).

Namun, pada hari ini, setelah lebih 40 tahun Singapura berpisah dari Malaysia, rata-rata orang Melayu di sana telah berubah arah dan memberi sokongan padu kepada Parti Lee Kuan Yew (Parti People's Action Party atau PAP).

Pada tahun 1960an, tidak masuk akal kalau ada orang Melayu yang mengaku menjadi ahli PAP ataupun mengisytiharkan sokongan pada PAP pimpinan Lee Kuan Yew. Namun, pada hari ini, rata-rata orang Melayu telah membuang UMNO dan menyertai PAP dan ada di antara mereka menjadi Ahli Parlimen PAP seperti Zaqy Mohammed di bawah:




Taktik Mahazalim dan PERKASA yang terbaru adalah menakutkan orang Melayu Malaysia dengan mengambil contoh Melayu di Singapore. Soal saya adalah, sekiranya benar-benar Melayu tertindas di Singapore, mengapa Melayu beramai-ramai menyertai PAP?

Saya yakin Dr Mahathir pasti sedih membaca keratan akhbar di atas kerana pada zaman beliau muda dahulu, perkara seperti di atas tidak mungkin terjadi.

Padahal, di Singapura, UMNO masih wujud dalam bentuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura(PKMS). PKMS adalah parti yang sah dan diizinkan bertanding dalam piliharaya umum. Kalau orang Melayu Singapura menyukai ideologi UMNO sudah tentu PKMS mampu menarik lebih 14% populasi Singapura untuk menyokong mereka. Undi blok seperti ini mampu menyebabkan PAP kalah di beberapa kerusi.

Namun, Melayu Singapura lebih tertarik dengan meritokrasi tajaan Lee Kuan Yew berbanding "Hidup Melayu" tajaan UMNO.

Perjuangan PKMS (UMNO Singapura) sekarang ini tidak lebih dari bergaduh sesama sendiri merebut Bangunan UMNO di Jalan Changi yang bernilai lebih SD10 juta itu.(Sila baca di sini)

Keluarga saya di Singapura, rata-rata merasa gembira hidup di Singapura walaupun mereka orang Melayu tulin. Saya tanya, mengapa begitu. Mereka jawab di bawah Lee Kuan Yew mereka boleh membina kehidupan yang lebih baik berbanding dengan di bawah UMNO.

Mereka kata pendapatan mereka jauh lebih tinggi di bawah Lee Kuan Yew berbanding di bawah UMNO. Mereka kata pelajaran anak2 mereka jauh lebih baik, kehidupan hari tua mereka jauh lebih terjamin, kebolehan membeli rumah jauh lebih kehadapan berbanding mereka duduk di bawah UMNO.

Melalui pengakuan ahli keluarga saya di Singapura itu, saya tidak terkejut membaca laporan keratan akhbar di atas.

PERKOSA dan MAhathir mahu menakutkan Melayu Malaysia dengan menjadikan Melayu Singapura sebagai contoh. Namun, setakat ni saya tak jumpa Melayu Singapura yang mengeluh mendakwa mereka ditindas oleh Lee Kuan Yew dan PAP.

Saya rasa, Melayu Singapura selesa untuk hidup dalam sistem meritokrasi dan mereka tidak takut untuk bersaing.

Tidak seperti Melayu Malaysia yang condong pada UMNO yang senantiasa mengharapkan subsidi dan malas untuk berusaha dengan tulang empat kerat mereka. Melayu UMNO sememangnya dilatih untuk menjadi penagih subsidi sejak zaman berzaman. Sebab itulah mereka takut dengan meritokrasi dan persaingan. Jenis Melayu seperti ini lebih suka hidup hina sebagai kroni dari hidup mulia sebagai pengusaha.

Melayu seperti inilah yang terpekik terlolong pasal hak Melayu kerana mereka tahu mereka akan jadi miskin papa kedana kalau mereka terpaksa bersaing. Selama ini mereka hidup mewah merompak kekayaan rakyat hanya kerana hubungan baik mereka dengan pemimpin2 UMNO.

Akhir kata, lebih baik pergi sendiri ke Singapura dan tanya orang Melayu di sana, apa benar mereka ditindas atau tidak.

Juga, kalau Melayu Singapore boleh sokong PAP, mengapa PAS tidak boleh bekerjasama dengan DAP?

Tulang Besi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular